Follow us

26 January 2010

Mari Bermain Badminton


Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada En. Mior Arbaaziz kerana memperkenalkan cara-cara permainan sebenar badminton ini. Semuanya bermula pada bulan Julai 2009 di mana pada ketika itu beliau telah mengajak aku untuk bermain badminton di gelanggang. Secara jujurnya aku tidak pernah bermain badminton di gelanggang. Aku hanya bermain badminton di halaman rumah saja.

Kali pertama bermain telah membuatkan aku kepenatan yang amat sangat kerana ketidakbiasaan bermain di gelanggang. Kaki, tangan dan badan aku terasa sakit selepas bermain badminton. Tahap permainan aku pada ketika itu sangatlah teruknya. Namun, sekarang ini tahap permainan aku sudah ada kemajuan. Walaupun tidaklah dikategorikan sebagai hebat, tapi setidaknya aku boleh bermain dengan lebih baik daripada sebelumnya. Terima kasih kepada En. Mior kerana menjadi jurulatih badminton dengan mengajar cara-cara dan kemahiran ketika bermain badminton.

Buat masa ini, aku kerap bermain badminton pada setiap hari Isnin dan Rabu sekitar jam 9.00pm sehingga 11.00pm di Gimnasium Sekolah Agama Ta'ayah, Ipoh di Jalan Raja Di Hilir. Terdapat 4 gelanggang di gimnasium tersebut, dengan lampu sorot yang terang dan berlantaikan parkir. Dengan bayaran semurah RM5.00 untuk tempoh 2 jam permainan dan bulu tangkis disediakan, ternyata ianya sudah cukup berbaloi. Tiada di tempat lain yang boleh menandingi bayaran semurah ini.

Aku perlu kerap bermain untuk memperbaiki tahap permainan aku supaya setanding dengan orang-orang lama dengan kemahiran permainan yang mereka tunjukkan. Aku akui tahap 'smash' aku masih kurang memberansangkan dan banyak memberikan bola tanggung dan keluar dari 'base line'. Sesuatu yang penting untuk dipelajari ialah tahap regangan tali raket perlulah sesuai dengan keupayaan kita. Bak kata En. Mior regangan tahap 26 adalah sesuai untuk golongan amatur seperti kita. Pemilihan kasut yang sesuai juga penting supaya kita berkeadan selesa untuk bergerak dari satu posisi ke posisi yang lain kerana permainan badminton ini memerlukan pergerakan yang pantas.

Aku akan teruskan usaha aku untuk mencapai tahap permainan yang baik. Mungkin sekarang ini aku tidak setanding dengan mereka yang hebat di sana tapi dalam tempoh beberapa bulan yang mendatang ini, aku berharap prestasi aku akan mencapai tahap yang memberansangkan. Nantikan kemunculan 'a hero in the making' ini. Hehehe...

No comments:

Post a Comment