Follow us

15 January 2010

Kad Aktiviti Pelajar UiTM Kampus Perlis




Gambar di atas ialah Kad Aktiviti Pelajar yang harus diisi oleh pelajar apabila melakukan aktiviti di kolej. Memandangkan itu adalah kad aktiviti pelajar aku di semester yang ke-4 maka tak banyak yang diisikan kerana maklumlah aku dah memasuki alam fresh senior pada ketika itu jadi malas mahu isi kad sebegini.

Pada semester ke-4 aku menetap di Kolej Kediaman Pulai. Bilik aku di tingkat 3. Roommate aku ialah mat-mat motor dari Diploma Perladangan dan Diploma Business Studies. Sepanjang belajar di UiTM Perlis aku telah menetap di 3 kolej kediaman, iaitu:
Minggu Orientasi - Kolej Resak
Semester 1 - Kolej Kempas
Semester 2 - Kolej Kempas
Semester 3 - Kolej Kempas
Semester 4 - Kolej Pulai
Semester 5 - Kolej Resak
Semester 6 - Kolej Kempas

Pada semester ke-6 aku tidak mendapat bilik kediaman kerana terdapat masalah dengan warden kolej pada semester ke-5. Selepas rayuan dibuat, akhirnya aku berjaya dapatkan sebuah bilik tapi malangnya bilik tersebut adalah pantry. Takkan nak tidur dekat pantry? Sudahnya aku pun "scouting" di bilik Amir Khomeiny sehinggalah tamat belajar.

1 comment: