Follow us

31 January 2010

Terserempak Dengan Cikgu SMTSR

Ketika aku dan family 'having dinner' di Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung, aku telah terserempak dengan Cikgu Ishak Hizam atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Sahak. Cikgu Sahak ialah cikgu sekolah ketika aku belajar di Sekolah Menengah Teknik Slim River, Perak pada tahun 1996/97.
Sebagai seorang bekas anak murid, adalah wajar untuk aku memperkenalkan diri kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku sekiranya aku terserempak dengan mereka. Kebiasaannya anak murid akan mengenali cikgu-cikgu yang pernah mengajarnya. Begitulah halnya juga dengan diri aku ini.

Setelah aku berpaling ke belakang, aku dapat mengenali beberapa wajah yang pernah mengajar di SMTSR suatu ketika dulu dan masih mengajar lagi sehingga ke hari ini. Aku mengambil kesempatan tersebut untuk bersembang dengan cikgu-cikgu dan aktiviti yang dilakukan pada ketika ini.

Sekarang ini, SMTSR sudah tiada lagi. SMTSR sudah menjadi sejarah yang tak tahu akan berulang ataupun tidak. SMTSR sudah menjadi Sek. Men. Keb. Vokasional Slim River. Apapun perubahan yang berlaku pada nama SMTSR, aku berbangga menjadi pelajar perintis 'teknik' untuk sekolah tersebut.

Menurut Cikgu Sahak, pada hari Jumaat 29/1/2010 telah diadakan pertandingan boling untuk cikgu-cikgu sekolah teknik di seluruh negeri Perak yang telah diadakan di Ampang Bowl, Parkson Parade Ipoh. Selepas selesai pertandingan kebanyakan cikgu-cikgu telah ke restoran tersebut untuk jamuan makan malam.

Cikgu Sahak adalah cikgu untuk matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam dan Lukisan Kejuruteraan. Beliau adalah Guru Penolong Kanan sekolah pada ketika ini. Cikgu Johari pula adalah cikgu matapelajaran Matematik Moden dan Matematik Tambahan. Manakala Cikgu Malim (berkopiah) dan Cikgu Hasbullah (tiada dalam gambar) adalah cikgu vokasional. Dulu Cikgu Malim ada jual nasi lemak yang sangat enak tapi aku kurang pasti sama ada Cikgu Malim masih meneruskan perniagaan nasi lemak sekarang.

Apa yang aku kagum ialah cikgu-cikgu masih kenal beberapa nama bekas pelajar tahun 1996/97 yang sudah 13 tahun berlalu. Kepada cikgu-cikgu, terima kasih di atas segala ilmu yang diberi dan dicurahkan.

1 comment:

  1. wah aku teringin sekali berkembali ke smvsr semula. tp mungkin cekgu2 pun dah x kenal aku her.
    any way long life smvsr.. smvsr creme de la creme!

    ReplyDelete