Pasti ramai di antara kita pernah mengetahui tentang ini. Mungkin ada yang pernah terbaca di mana-mana media cetak mahupun di medium maya ini. Namun, sengaja aku ceritakan tentang perkara ini untuk dikongsi bersama.
Ketika ber"honey moon" bersama isteri di Cameron Highland, kami telah memasuki "Time Tunnel" yang menyediakan ruang untuk mengetahui sejarah pembukaan Cameron Highland. Beberapa langkah selepas memasuki "Time Tunnel" tersebut, terpamer beberapa artikel English. Satu daripadanya yang mencuri perhatian aku ialah yang di"upload" seperti ditunjuk pada gambar di atas.
Memang diakui "human mind is very powerful". Walaupun ejaannya salah tapi kita tetap masih boleh membacanya. Walaubagaimanapun, aku tak pasti sama ada ianya berkesan untuk perkataan atau ayat dalam Bahasa Melayu. Adakah boleh? Adakah tidak? Bak kata Nabil Raja Lawak, "Lu Pikirlah Sendiri".
No comments:
Post a Comment