Follow us

15 January 2010

Enterpreniurship (ETR300)



Enterpreniurship (ETR300) (betulkah ejaan aku ini?) atau Asas Keusahawanan adalah satu subjek yang perlu diambil pada semester ke-6 untuk semua jurusan Diploma.  ETR300 adalah satu projek proposal yang perlu dilaksanakan secara berkumpulan. Maka bermulalah proses pemilihan "director" sebagai rakan kongsi syarikat yang bakal ditubuhkan.

Perkara  pertama yang perlu dilakukan ialah meminta surat pengesahan pelajar universiti sebagai permit untuk melaksanakan kajian-kajian berkaitan proposal ini. Ini penting sekiranya berlaku kejadian-kejadian yang tidak diingini sepanjang melaksanakan kajian proposal ini.

Tajuk yang telah kumpulan kami pilih ialah Pemborong Spare Part Modenas Kriss. Pada asalnya tajuk yang kami pilih ialah Telecommunication Cellular Service. Memandangkan tajuk tersebut begitu sukar untuk dilaksanakan dan modal kapitalnya agak tinggi maka kami bersepakat untuk menukar tajuk ke Pemborong Spare Part Modenas Kriss. En. Amir Khomeiny telah dilantik sebagai General Manager. Position aku pula sebagai Financial Manager.


Sebagaimana yang ditunjukkan di atas itu adalah logo syarikat kami. Logo tersebut telah direka oleh Administration Manager kami, iaitu En. Nuhairi. Agak unik rekabentuk logo tersebut. Walaupun terdapat beberapa kesilapan pada logo tersebut seperti Ptd. Ltd. yang sepatutnya Sdn. Bhd. kerana Ptd. Ltd. digunakan di Singapura. Alamat laman web juga terdapat kesilapan, iaitu http//:www.mykrissmotor.ptd.ltd.com (mungkin pada masa itu masih kurang celik IT). Alamat laman web ini tidak pernah wujud (untuk makluman).

Berikut adalah senarai pemegang saham dalam syarikat tersebut:
1) En. Amir Khomeiny Bin Ruslan - General Manager
2) En. Nuhairi Bin Aminuddin - Administration Manager
3) En. Raazlizam Bin Lias - Marketing Manager
4) En. Shahrizal Bin Muhamad - Operation Manager
5) En. Hersaiful Herwan Bin Baharuddin - Financial Manager

Terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj. Abd. Rashid Said Asghar kerana memberi markah yang baik kepada kami.

No comments:

Post a Comment