Follow us

24 January 2010

Once Upon A Time At Kedah Cement Jetty, Langkawi


Pada bulan April 2007, aku telah ditugaskan ke Langkawi oleh boss aku untuk membaiki kerosakan yang terdapat pada jeti di premis Kedah Cement Jetty, Teluk Ewa, Langkawi. Beberapa bulan sebelum itu sekitar bulan Disember 2006, aku telah pun ke Langkawi selama sebulan untuk melakukan 'site investigation' bagi menentukan status dan jumlah kerosakan jeti tersebut.

Aku agak gembira bila ditugaskan di Langkawi. Jauh dari hiruk pikuk kebisingan kota besar Kuala Lumpur. Di sini keadaannya begitu tenteram dan mendamaikan. Untuk tugas kali ini, aku perlu melaksanakannya dalam masa 4 bulan. Oleh itu, aku perlu aturkan kerja dengan rapi supaya tidak berlaku kelewatan. Tambahan pula ini merupakan 'task' pertama aku dalam membaikpulih jeti.


Terdapat 2 Fasa untuk melaksanakan kerja membaikpulih jeti ini. Fasa pertama melibatkan baikpulih struktur jeti itu sendiri seperti 'pier' di 'access trestle' dan 'beam & slab' di 'main jetty'. Fasa ke-2 pula melibatkan penggantian 'anod & jacket' pada 'bored piles' dan 'fender' di 'main jetty'.

 
Aku berjaya melaksanakan tugas aku untuk Fasa 1. Namun, aku tidak sempat melaksanakan tugas untuk Fasa ke-2 kerana aku telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana mendapat tawaran bekerja di kampung halaman aku di Ipoh. Di atas adalah gambar-gambar ketika aku bekerja di jeti di mana aku perlu menaiki bot hampir setiap hari bagi memantau kerja-kerja yang dilakukan. Rindu pula dengan suasana kerja di Langkawi...

No comments:

Post a Comment