Follow us

29 January 2010

Lagi Kucing Sakit


Lagi kucing aku mengalami penyakit mulut. Sehingga setakat ini sudah 3 ekor kucing aku mati kerana penyakit ini. Semuanya berlaku dalam tempoh kurang 2 minggu. Kini 'Tanje' pula dijangkiti sakit mulut. Lihatlah keadaan mulut 'Tanje' sebagaimana ditunjukkan dalam gambar di atas.

Setakat ini, adik aku merawat 'Tanje' dengan memberi minum air kelapa. Bak kata orang-orang tua, air kelapa mujarab dan berkhasiat dalam merawat penyakit. Aku harap cara tradisional ini akan membantu menyembuhkan 'Tanje'. Bukan aku mengatakan rawatan moden tidak berhasil, tapi aku ingin melihat perkembangan melalui kaedah rawatan tradisional ini. Esok (Jumaat 29/01/2010) 'Tanje' akan di bawa ke Jabatan Veterinar Negeri Perak untuk diberikan 'injection' antibiotik.


Kucing aku bernama 'Nine' seperti ditunjukkan dalam gambar di atas sekarang ini sedang demam. Mujur 'Nine' tidak mengalami penyakit mulut seperti 'Tanje'. Aku berharap 'Nine' juga akan segera sembuh dari demam. Adik aku juga memberikan 'Nine' minum air kelapa untuk merawat demam yang dialaminya.


'Kalam' sebagaimana ditujukkan dalam gambar di atas baru saja sembuh dari demam. Sebelum ini 'Kalam' telah mengalami keguguran dan yang peliknya selepas dari kejadian itu 'Kalam' telah pulih. 'Kalam' telah diberi minum air kelapa dan telah pun sembuh.

Pada hemat aku, sekiranya air kelapa boleh menjadi penawar kepada sakit kucing maka semestinya air kelapa juga boleh menjadi penawar sekiranya manusia mengalami demam dan sakit-sakit seumpamanya.

No comments:

Post a Comment