Pada 12 Januari 2010 yang lalu, aku dan isteri bercadang untuk makan malam di luar. Lokasi makan malam belum ditentukan. Lebih kurang pukul 8.30pm, kami keluar dari rumah dan menuju ke destinasi yang belum ditentukan. Masing-masing di antara kami bertanyakan hendak makan malam di mana.
Ketika sampai di persimpangan Bulatan Jalan Tambun - Jalan Hospital, barulah aku terfikir untuk makan malam di Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung sahaja. Restoran tersebut terletak di Jalan Ali Pitchay. Aku telah 2-3 kali makan di sini sebelum ini. Kali ini aku membawa isteri pulak untuk dapatkan pandangan beliau tentang rasa makanan di restoran tersebut.
Lebih kurang 20 minit memandu, akhirnya kami tiba ke tempat yang dituju. Menu yang berlegar di kepala aku ialah Belut Masak Pedas. Isteri aku geli nak makan belut. Mungkin rupa fizikalnya seperti ular dan berlendir katanya. Tapi bagi aku tidak menjadi masalah. Rasa belut pun bukan agak pelik kerana seperti rasa campuran ikan + ayam.
So far makanan agak memuaskan. Keadaan tempat pun selesa. Servis yang diberikan pun baik dan cepat. Mungkin harganya saja agak mahal berbanding makan di kedai-kedai makan yang biasa. Lihatlah saja resit yang aku paparkan di atas . Bagi yang berkemampuan bolehlah makan di restoran ini selalu. Bagi yang kurang berkemampuan seperti aku ni, bila ada rezeki lebih barulah aku makan di tempat seperti ini.
No comments:
Post a Comment