Follow us

17 January 2010

Format Komputer Makcik

Pada hari Jumaat (16 Januari 2010) makcik aku telah meminta bantuan untuk membaiki komputer beliau kerana komputer tersebut gagal untuk "logon" Windows sebagaimana kebiasaan. Aku pun memberitahu bahawa aku akan datang ke rumah beliau pada hari Sabtu (keesokkan harinya).

Aku telah datang ke rumah makcik aku di Tanjung Rambutan sekitar pukul 3.00pm. Sampai saja di rumah beliau terus aku ke meja komputer. Aku pun "switch on" komputer beliau dan mendapati Windows gagal berfungsi setelah "scan disk" dijalankan secara automatik. Penyelesaian yang aku usulkan adalah untuk format semula komputer tersebut dengan kebarangkalian kesemua data yang disimpan di dalam C:/My Documents akan gagal diselamatkan.

Namun, terdapat beberapa cara untuk menyelamatkan segala data yang disimpan, iaitu dengan memilih menu tertentu ketika melakukan format. Aku lebih suka untuk format keseluruhan C: kerana ia akan memberikan "view" yang lebih kemas ketika "logon" Windows.


Pada asalnya aku ingin meletakkan Microsoft Windows Vista Ultimate Edition untuk komputer tersebut tetapi memandangkan kapasiti dan kapabiliti komputer tidak mencapai tahap memuaskan maka aku telah mengubah kepada Microsoft Windows XP Professional Corporate Edition SP3. Gambar di atas adalah komputer makcik aku yang menggunakan monitor CRT 14" tanpa skrin rata. Maka sebab itulah gambarnya kelihatan cembung.

Setelah berjaya memasang sistem operasi (OS) Microsoft Windows XP Professional Corporate Edition SP3 ke komputer tersebut, maka aku pun "setup" kepenggunaan komputer kepada 2 akaun. Namun, Microsoft Office Professional Plus SP1 gagal dipasang untuk komputer itu. Begitu juga halnya ketika ingin memasang Microsoft Office System Professional All In One 2003. Aku menjadi buntu dan bingung untuk seketika dalam mencari kaedah penyelesaiannya.

Kemudian aku masuk ke program BIOS untuk menambahkan "memory" komputer tersebut dan barulah program office dapat dilakukan. Ternyata komputer makcik aku itu memang tidak sesuai untuk Windows yang agak "fancy" sebegini kerana setelah "restart" dilakukan, Windows masih gagal dibuka walalupun proses format telah berjaya dilakukan.


Gambar di atas menunjukkan fungsi "desktop" yang agak kemas dan menarik. Namun itu bukanlah Microsoft Windows 7 tetapi adalah Microsoft Windows XP Professional Corporate Edition SP3 yang lebih berkonsepkan "Media Edition". Sekiranya sistem operasi berjaya dipasang di komputer makcik aku begitulah keadaanya.

Aku cuba memasang Microsoft Windows XP Professional Reduced Media Edition digabung bersama Microsoft Windows XP Professional 2002 pula untuk komputer tersebut dan masih gagal. Akhir sekali aku cuba pula memasang Microsoft Windows XP Professional Edition SP 3a dan barulah berjaya. "Outlook" Microsoft Windows XP Professional Edition SP 3a ini lebih kurang sama dengan Microsoft Windows Code Name "Long Horn". Rupa Windows tersebut seakan-akan Windows Vista. Setelah memasang Windows tersebut barulah program-program lain dapat dipasang dengan baik.

Kesimpulannya, ini adalah pengalaman pertama aku format komputer dengan mengambil masa yang agak lama sekitar 10 jam. Kebiasaan aku format komputer sekitar 2 jam sahaja. Namun, aku gembira sebab dapat membaikpulih Windows komputer makcik aku.

Aku juga biasa membaiki komputer kawan-kawan yang mempunyai masalah. Untuk kawan-kawan aku tidaklah membaiki secara percuma sebagaimana aku membaiki komputer makcik aku. Hehe...

No comments:

Post a Comment