Follow us

17 January 2010

AVATAR Movie


Pada hari Rabu 13 Januari 2010, sebaik saja aku balik kerja dalam pukul 5.30pm, terus aku ke Jusco Kinta City untuk booking filem AVATAR di TGV. Laku betul filem tu macam pisang goreng panas sebab seat untuk filem tu FULL aje. Masa tayangan yang ada pukul 6.30pm dan 9.55pm sahaja. Aku booked untuk tayangan pukul 9.55pm.

Pada asalnya aku nak surprisekan isteri aku untuk menonton wayang tapi aku perlu call isteri aku jugak sebab masa tayangan untuk filem tersebut ialah pada pukul 9.55pm, manalah tahu beliau tak setuju pulak. Sengaja aku pilih hari Rabu sebab harga tiket pada hari Rabu lebih murah berbanding biasa, iaitu cuma RM7.00 seorang sahaja.

Aku berpuas hati menonton movie AVATAR ini walaupun terpaksa menonton dari seat barisan ke-3 dari depan. Movie ini agak lain dari kebiasaan movie yang pernah aku lihat. Jadi memang tidak hairanlah kutipannya mencecah dan melebihi RM2 billion. Satu angka yang sangat besar dan menyebabkan penggiat seni tanah air termenung panjang. Dan bukan saja director filem yang termenung bahkan aku sendiri yang terbabit dalam bidang kejuruteraan pun termenung.

Masa tayangannya agak panjang juga, iaitu kira-kira 2 jam 40 minit. Jika tayangan bermula pada pukul 10.00pm, ini bermakna tayangan akan berakhir pada pukul 12.40am. Memang berbaloi dapat menonton filem yang hebat sebegini. Filem ini bergenre sains fiksyen. Kalau nak bercerita tentang logik, memang tak logik langsung dan tak diterima oleh akal yang waras. Namun, memandangkan beginilah konsep jalan ceritanya maka penonton kena fahamlah. Jangan diikutkan tentang logiknya tapi hayati jalan penceritaannya yang unik. Selamat Menonton!

No comments:

Post a Comment