Follow us

10 January 2010

My Final Year Project During Studying At UiTM Shah Alam



Setelah banyak tahun jugak belajar untuk dapatkan Sarjana Muda ni akhirnya berjaya jugak aku memperolehinya. Aku bukanlah terdiri daripada golongan yang pandai dan cemerlang. Jadi, sebab itulah banyak tahun diperlukan untuk menggenggam segulung ijazah walaupun masa konvokesyen ijazah tersebut tidak pun digulung.

Di sini aku ingin menceritakan tentang Projek Tahun Akhir yang aku buat. Setiap pelajar Sarjana Muda diwajibkan untuk membuat Projek Tahun Akhir. Tajuk projek aku ialah "Analysis Of PSSDB Wall Panel With Vertical Butt Joints In The Dryboards". Panjang betul tajuk projek aku ni. Bagi mereka yang dalam bidang kejuruteraan mungkin senang nak faham. Bagi yang bidang lain tu mungkin payah sikit nak faham tentang projek jenis apa yang aku buat ni.
Secara jujurnya aku katakan bahawa aku tidak pernah langsung meminjam walau satu buku pun dari perpustakaan UiTM sepanjang aku belajar di UiTM Shah Alam. Untuk buat projek ini pun aku banyak dapatkan sumber rujukan dari internet dan beberapa buku/jurnal yang aku pinjam dari kawan-kawan. Syukur Alhamdulillah, berjaya jugak aku tamatkan program Sarjana Muda ini.

Di sini penghargaan aku tujukan buat pensyarah-pensyarah yang banyak membantu dalam menyiapkan Projek Tahun Akhir ini, iaitu: -
1) Mr. Goh Ching Hua
2) Assoc. Prof. Dr. Ir. Siti Hawa Binti Hamzah
3) Pn. Hjh. Juraidah Binti Ahmad

Of course, like any author, I am indebt always to those people that do their best to improve on my best. Needles to say, the opinions expressed are entirely my own.

No comments:

Post a Comment