Follow us

26 January 2010

Cuit Ahad Kosmo


Kartun di atas di ambil dari akhbar Kosmo Ahad bertarikh 24 Januari 2010 dalam ruangan Cuit Ahad. Agak kelakar juga kartun itu bila di baca ayatnya, iaitu "Kalau yu bukan, buaya pun bukan, sapa yang gigit?" "Manusia kot, Halimah jongang."

Hahaha... tak pasal-pasal Halimah jongang yang menjadi sasaran. Aku tak nafikan drama tersebut begitu popular dan nama Halimah jongang seperti sudah melekat di bibir peminat drama tersebut.

Aku taknak bercerita tentang Halimah jongang di sini tapi aku nak beri serba sedikit pendapat aku tentang insiden yang berlaku kepada seorang mangsa gigitan di kaki yang didakwanya sebagai buaya.

Aku tidak menolak kemungkinan terdapatnya buaya air masin kerana aku sendiri pernah mendengarnya tentang buaya laut ini. Berkemungkinan buaya jenis ini tersesat sehingga lepas ke laut. Buaya telah di azalikan untuk hidup di air tawar. Sekiranya ada yang hidup di laut nescaya tidak akan panjang hayatnya. Begitulah juga halnya, pernahkah kita terdengar penyu air tawar? Tentu sekali tidak kerana penyu tidak boleh hidup di air tawar kerana bukan sifatnya untuk hidup di perairan jenis itu.

Pada pendapat aku, jenis haiwan yang mengigit kaki orang itu bukanlah buaya. Adakah buaya akan mengigit secebis saja daging dari seluruh tubuh badannya? Sekiranya apa yang didakwa orang itu ialah buaya, nescaya orang itu akan dibahamnya. Aku juga tidak berpendapat ikan yu yang mengigitnya kerana ikan yu mempunyai bukaan mulut yang besar. Aku merasakan berkemungkinan sejenis ikan bergigi tajam yang mempunyai bukaan mulut sebesar luka yang dialami oleh orang itu sahaja. Apa pula pendapat anda? 

No comments:

Post a Comment