Aku memang selalu menceritakan tentang makan. Banyak blog aku asyik cerita makan aje. Bak kata orang, bila perut kenyang, hati pun gembira. Bila hati gembira, barulah kita pun ceria. Aku pun tak pasti sama ada itu kata orang lain ataupun kata aku sendiri. Tapi tak kisahlah asalkan ianya bersifat positif.
Jadi tadi selepas booking tiket untuk filem Adnan Sempit, isteri aku pastinya tak lupa untuk membeli Big Apple Donuts di 'food court' Jusco. Aku akui rasa donut Big Apple memang sedap dan lazat. Mak dan adik-adik aku pun menggemari donut Big Apple ini.
Selepas selesai menonton filem Adnan Sempit, kami telah pergi makan malam di salah sebuah gerai makan di Bercham di mana tempat aku mula-mula bertemu dengan isteri aku. Kedai makan ini mugkin agak terkenal untuk penduduk sekitar kerana aku perhatikan kedai makan tersebut sentiasa dipenuhi dengan pelanggan. Banyak pilihan makanan yang ada di sini termasuklah yang berbentuk 'western food'.

Menu makan malam kami kali ini ialah tomyam campur, telur dadar, sotong goreng tepung, daging masak merah dan kailan ikan masin. Sebenarnya, di kebanyakan kedai makan yang kami kunjungi menu inilah yang akan kami pesan. Ini adalah kerana kami ingin menikmati rasa makanan yang sama di kedai makan yang berlainan. Jadi kami boleh menilai di kedai makan yang manakah menu yang paling enak.
Tapi bila perut dah lapar dah tak penting sangat tentang rasa makanan. Misi yang utama ialah untuk mengisi perut. Namun, makanlah dengan sopan dan jangan gelojoh kerana negara kita masih belum kekurangan makanan. Dan jangan lupa untuk baca doa makan kerana kita perlu mensyukuri nikmat dan rezeki yang Allah kurniakan. Amin...
No comments:
Post a Comment