Ketika menggeledah laci di bilik, aku terpandang dengan sekeping surat khabar yang telah agak lama disimpan sehingga warnanya pun telah berubah kekuning-kuningan. Setelah diteliti ternyata helaian akhbar tersebut bertarikh Selasa, 24 Februari 1998. Ternyata usianya menjangkau 11 tahun lamanya. Aku berumur 18 tahun pada ketika itu, sedang menunggu keputusan SPM.
Sebenarnya, sengaja aku simpan helaian surat khabar tersebut kerana kandungannya telah mencatat sejarah dalam hidup aku. Ini adalah kerana artikel aku telah diterbitkan pada surat khabar tersebut. Bagaimana ini boleh terjadi? Bagaimana ia bermula?
Semuanya bermula sebaik sahaja aku tamat persekolahan dan pada ketika itu aku sedang menunggu keputusan SPM. Disebabkan rasa bosan yang melanda diri, maka aku telah menyelongkar kertas-kertas karangan semasa peperiksaan di sekolah menengah. Aku telah mengambil satu karangan terbaik pada ketika itu dan aku tulis kembali dan hantar ke surat khabar Utusan Malaysia untuk ruangan Remaja Menulis.
Selepas itu aku pun berangan-angan alangkah bangganya sekiranya artikel aku diterbitkan di ruangan akhbar tersebut. Setiap hari aku membeli surat khabar dengan harapan untuk melihat artikel aku diterbitkan dan setiap hari juga aku hampa sebab artikel aku tidak kelihatan sehinggalah ke tarikah 23 Februari 1998.
Untuk menjadikan cerita lebih menarik, aku tidak membeli surat khabar pada 24 Februari 1998 tapi aku membelinya semula pada tarikah 25 Februari 1998 dan hari-hari berikutnya. Aku hampa kerana artikel aku masih tidak kelihatan. Namun, secara tidak terduga terdapat beberapa pucuk surat sampai ke rumah aku menceritakan memuji penulisan aku. Aku terpinga-pinga kerana tak tahu bila artikel aku diterbitkan sedangkan setiap hari aku membeli surat khabar dan tidak nampak pun mana-mana artikel aku di dada akhbar.
Setelah diselidiki, artikel aku telah diterbitkan pada 24 Februari 1998. Itu merupakan tarikh aku tidak membeli surat khabar. Dari maklumat tersebut, aku telah berusaha mencari semula surat khabar pada tarikah tersebut pada kawan-kawan. Sukar juga untuk mendapatkannya kerana kebanyakkannya telah dibuat bungkus nasi lemak atau sayur.
Jadi, begitulah ceritanya bagaimana ia terjadi dan bermula. Dan itu merupakan satu-satunya artikel yang aku hantar ke surat khabar. Terima kasih Utusan Malaysia kerana memberikan aku cek RM50 untuk artikel aku itu.

No comments:
Post a Comment