Follow us

24 January 2010

My Friend Gave Me B$1 Long Time Ago


Gambar di atas adalah duit B$1 pemberian seorang teman bernama Nuhairi Aminuddin atau lebih mesra di panggil Aie Kokak @ Tibet di kalangan teman-teman. Hehe... Seingat aku, beliau telah menghadiahkan kepada beberapa teman serumah duit B$1 tersebut kerana telah menjemput beliau di Pasar Seni, KL. Ini kerana beliau baru pulang bercuti di Brunei. Duit itu telah aku lipat dan simpan di dalam dompet untuk suatu tempoh yang agak lama. Lihat sajalah pada gambar di atas sehingga terwujud urat lipatan pada duit tersebut.

Semuanya berlaku sekitar tahun 2003. Ketika itu kami menyewa di Kondominium Sri Mahligai, Seksyen 9, Shah Alam. Pada suatu malam, beliau telah memberitahu aku akan tiba sekitar jam 2.00 pagi di KL. Adalah kurang selamat untuk menggunakan laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan pada waktu tersebut. Justeru itu seorang lagi teman serumah  bernama Shahrizal Muhammad @ Setol telah bersetuju untuk menemani aku untuk menjemput saudara Aie Kokak.

Aku tak berapa pasti siapa yang membonceng Setol pada ketika itu. Mungkin Waridi @ Pak Lah. Selepas menjemput Aie Kokak di Pasar Seni kami pun ke Kampung Baru untuk menikmati Nasi Lemak Antarabangsa yang begitu popular di situ. Keadaan di Kampung Baru masih dikunjungi ramai orang walaupun jam sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi.

Sekitar pukul 3.30 pagi, kami pun bergerak balik ke Shah Alam. Peringatan kepada penunggang motosikal sekiranya anda menunggang pada waktu tengah malam, elakkan menggunakan laluan motosikal kerana ia begitu berbahaya kerana berkemungkinan besar terdapat perampok yang menjerat kita di laluan tersebut.

Kepada saudara Aie Kokak, terima kasih kerana menghadiahkan aku duit B$1 tersebut. Aku pun tak berapa pasti berapakah nilah tukaran wang asing sekarang ini. Mungkin sekitar B$1 = RM2.50 agaknya. Nanti bolehlah beri aku lagi. Hehe...

No comments:

Post a Comment