Follow us

31 January 2010

The Makan

Aku memang selalu menceritakan tentang makan. Banyak blog aku asyik cerita makan aje. Bak kata orang, bila perut kenyang, hati pun gembira. Bila hati gembira, barulah kita pun ceria. Aku pun tak pasti sama ada itu kata orang lain ataupun kata aku sendiri. Tapi tak kisahlah asalkan ianya bersifat positif.

Jadi tadi selepas booking tiket untuk filem Adnan Sempit, isteri aku pastinya tak lupa untuk membeli Big Apple Donuts di 'food court' Jusco. Aku akui rasa donut Big Apple memang sedap dan lazat. Mak dan adik-adik aku pun menggemari donut Big Apple ini.

My Wife Bought Me A Badminton Racket

Pertama sekali aku ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada isteri tercinta kerana membelikan aku sebatang raket badminton. Raket badminton tersebut berjenama Yonex Muscle Power 630 Control, dihasilkan dengan 'Titanium Mesh / High Modulus Graphite Shaft'.

Raket badminton tersebut mempunyai gabungan warna perak, merah dan hitam. Aku telah memilih 'string' berwarna putih atas nasihat isteri supaya ianya kelihatan lebih 'suite' dengan bingkainya. Aku juga telah memilih untuk 'string tension 26 lbs' dengan 'string' jenis BG80 dengan ketebalan 0.68mm supaya 'smash' lebih padu walaupun tahap permainan aku cumalah amatur.

Minggu Menonton Wayang

Minggu ini banyak dihabiskan dengan aktiviti menonton wayang di TGV Jusco Ipoh. Bermula pada 30 Januari 2010, aku dan isteri telah memilih untuk menonton 'late night show' pada jam 11.20pm  dengan filem 'Tooth Fairy' lakonan Dwayne Johnson atau lebih dikenali dengan panggilan 'The Rock' kerana beliau merupakan bekas ahli gusti WCW.

Filem 'Tooth Fairy' ini sesuai untuk ditonton oleh segenap lapisan masyarakat dan ia lebih menjurus kepada cerita untuk kanak-kanak. Banyak yang tidak logiknya namun banyak mesej berguna yang dapat disampaikan bukan hanya untuk kanak-kanak tapi untuk golongan dewasa juga. Untuk filem ini, aku bagi 'rate' 2 bintang daripada 5 bintang.

Terserempak Dengan Cikgu SMTSR

Ketika aku dan family 'having dinner' di Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung, aku telah terserempak dengan Cikgu Ishak Hizam atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Sahak. Cikgu Sahak ialah cikgu sekolah ketika aku belajar di Sekolah Menengah Teknik Slim River, Perak pada tahun 1996/97.
Sebagai seorang bekas anak murid, adalah wajar untuk aku memperkenalkan diri kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku sekiranya aku terserempak dengan mereka. Kebiasaannya anak murid akan mengenali cikgu-cikgu yang pernah mengajarnya. Begitulah halnya juga dengan diri aku ini.

30 January 2010

Meronda-Ronda Di Gerbang Malam

Lepas habis 'dinner', kami telah pergi ke Gerbang Malam untuk melihat suasana malam yang pastinya riuh dan kecoh di sana. Gerbang Malam lebih kurang sama keadaannya dengan Down Town di Danau Kota tapi Gerbang Malam tidaklah sebesar Down Town.

Suatu ketika dulu aku pernah ke Gerbang Malam bersama Faizu (Peju) dan kami pernah terserempak dengan Waridi dan Am di sini. Malam tadi aku dan isteri telah terserempak dengan Emy (sepupu isteri) di sini. Aku memang mengenali Emy semenjak aku dan isteri masih belum berkahwin lagi.

We Having Dinner Last Night

Malam tadi aku, isteri beserta mak dan adik-adik aku telah sekali lagi pergi ke Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung yang terletak di Jalan Ali Pitchay. Sebelum ini aku hanya pergi bersama isteri aku sahaja tapi kali ini aku ingin membawa mak dan adik-adik aku sekali untk merasai kelazatan makanan di restoran tersebut.

Sebenarnya malam tadi secara tiba-tiba sahaja aku dan isteri rancang untuk makan malam kerana pada asalnya kami bercadang untuk menonton wayang 'late night'. Tetapi memandangkan banyak cerita yang berstatus 'SG13' maka rancangan itu terpaksa dibatalkan kerana adik bongsu aku masih berumur 11 tahun. Rancangan menonton wayang telah diubah kepada makan malam.

Traffic So Jammed

Semalam merupakan hari yang paling 'jammed' di Ipoh. Selepas 'having some discussion and talk" dengan En. Faizal yang akan bertukar ke Seberang Perai, aku bersiap untuk balik.

Aku memilih untuk melalui Jalan Kuala Kangsar kerana jalan biasa yang selalu aku lalui, iaitu  Jalan Padang Tembak (berdekatan dengan Gunung Churo) agak sibuk kerana persiapan untuk Hari Thaipusam yang akan dirayakan oleh penganut Hindu. Jadi banyaklah khemah-khemah di pasang di sepanjang jalan itu. Namun, Jalan Kuala Kangsar juga tidak kurang sibuknya. Lama jugak aku tersangkut di situ. Sudah macam suasana 'jammed' di Kuala Lumpur lagaknya.

29 January 2010

Lagi Kucing Sakit


Lagi kucing aku mengalami penyakit mulut. Sehingga setakat ini sudah 3 ekor kucing aku mati kerana penyakit ini. Semuanya berlaku dalam tempoh kurang 2 minggu. Kini 'Tanje' pula dijangkiti sakit mulut. Lihatlah keadaan mulut 'Tanje' sebagaimana ditunjukkan dalam gambar di atas.

Setakat ini, adik aku merawat 'Tanje' dengan memberi minum air kelapa. Bak kata orang-orang tua, air kelapa mujarab dan berkhasiat dalam merawat penyakit. Aku harap cara tradisional ini akan membantu menyembuhkan 'Tanje'. Bukan aku mengatakan rawatan moden tidak berhasil, tapi aku ingin melihat perkembangan melalui kaedah rawatan tradisional ini. Esok (Jumaat 29/01/2010) 'Tanje' akan di bawa ke Jabatan Veterinar Negeri Perak untuk diberikan 'injection' antibiotik.

28 January 2010

Farewell Lunch At Syuen Hotel

Hari ini aku 'lunch' di Hotel Syuen. Ini merupakan kali pertama aku 'lunch' di Hotel Syuen. Walaupun aku telah lama menetap di Ipoh, ini juga merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke dalam Hotel Syuen. Hehe...

Selepas selesai menghadiri mesyuarat tapak di Chepor lebih kurang pukul  12.15pm, bahagian/unit kami telah ke Hotel Syuen untuk sesi 'farewell lunch'. Tujuan 'farewell lunch' ini dibuat kerana ketua bahagian/unit daerah bagi jabatan ini, iaitu En. Mohd. Faizal Bin Sahadan akan bertukar ke daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang mulai 1 Februari 2010.

Makan Chopstick?


Semalam isteri aku balik ke Ipoh kerana beliau bercuti selama 4 hari. Aku memintanya terus pulang ke rumah menanti aku balik kerana aku masih bekerja pada waktu itu. Semalam agak sibuk jadual aku kerana perlu menghadiri mesyuarat sepanjang hari bersama bos. Lebih kurang pukul 5.00pm tiba-tiba isteri aku datang ke pejabat kerana ingin makan bersama aku katanya. Sebenarnya aku tidaklah terkejut sangat kerana aku tahu isteri aku ini suka membuat kejutan dan aku sudah 'expect' beliau akan datang ke pejabat aku. Hehe...

Beliau mencadangkan untuk makan bersama-sama. Setelah difikir-fikir, aku sendiri tidak ada idea di lokasi manakah tempat untuk makan. Beliau mencadangkan supaya makan nasi briani di kedai mamak. Namun aku kurang bersetuju kerana selera aku tiada pada waktu itu untuk makan makanan mamak. Aku lebih suka untuk makan makanan Melayu berbentuk 'ala carte' sebagai 'dinner'. Tapi aku cadangkan kepada isteri aku untuk makan 'chopstick'. What a chopstick? Haha... Sebenarnya aku tersalah sebut, bukan 'chopstick' tapi 'chicken chop'.

26 January 2010

Mari Bermain Badminton


Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada En. Mior Arbaaziz kerana memperkenalkan cara-cara permainan sebenar badminton ini. Semuanya bermula pada bulan Julai 2009 di mana pada ketika itu beliau telah mengajak aku untuk bermain badminton di gelanggang. Secara jujurnya aku tidak pernah bermain badminton di gelanggang. Aku hanya bermain badminton di halaman rumah saja.

Kali pertama bermain telah membuatkan aku kepenatan yang amat sangat kerana ketidakbiasaan bermain di gelanggang. Kaki, tangan dan badan aku terasa sakit selepas bermain badminton. Tahap permainan aku pada ketika itu sangatlah teruknya. Namun, sekarang ini tahap permainan aku sudah ada kemajuan. Walaupun tidaklah dikategorikan sebagai hebat, tapi setidaknya aku boleh bermain dengan lebih baik daripada sebelumnya. Terima kasih kepada En. Mior kerana menjadi jurulatih badminton dengan mengajar cara-cara dan kemahiran ketika bermain badminton.

Cuit Ahad Kosmo


Kartun di atas di ambil dari akhbar Kosmo Ahad bertarikh 24 Januari 2010 dalam ruangan Cuit Ahad. Agak kelakar juga kartun itu bila di baca ayatnya, iaitu "Kalau yu bukan, buaya pun bukan, sapa yang gigit?" "Manusia kot, Halimah jongang."

Hahaha... tak pasal-pasal Halimah jongang yang menjadi sasaran. Aku tak nafikan drama tersebut begitu popular dan nama Halimah jongang seperti sudah melekat di bibir peminat drama tersebut.

25 January 2010

'Ipeng' In Memories


Pada tanggal 25 Januari 2010 lebih kurang pukul 7.30pm, 'Ipeng' telah pergi meninggalkan kami kerana penyakit mulut yang dihadapinya. Ternyata penyakit mulut ini begitu berbahaya kerana telah mengakibatkan 3 ekor kucing peliharaan aku mati dalam tempoh seminggu. Walaupun telah disuntik dengan antibiotik, namun ianya masih belum berupaya untuk menyembuhkan 'Ipeng'.

Ketika aku balik dari kerja tadi lebih kurang pukul 6.30pm, aku ke bilik adik untuk menjenguk keadaan 'Ipeng'. Ternyata keadaan 'Ipeng' saat itu amat lemah. Aku mengusap kepala dan badan 'Ipeng'. Aku dapat rasakan badannya semakin sejuk dan mengeras. Aku tahu 'Ipeng' akan mati. Terimbas kembali beberapa hari yang lalu semasa 'Ipeng' masih sihat. Ketika itu aku sedang menonton tv di ruang tamu sambil berbaring, dan tiba-tiba 'Ipeng' ingin duduk di badan aku namun aku segera menolaknya turun. Mungkin itu sebagai petanda 'Ipeng' ingin bermesra dengan aku seolah-olah tahu ajalnya kian hampir.

24 January 2010

Once Upon A Time At Kedah Cement Jetty, Langkawi


Pada bulan April 2007, aku telah ditugaskan ke Langkawi oleh boss aku untuk membaiki kerosakan yang terdapat pada jeti di premis Kedah Cement Jetty, Teluk Ewa, Langkawi. Beberapa bulan sebelum itu sekitar bulan Disember 2006, aku telah pun ke Langkawi selama sebulan untuk melakukan 'site investigation' bagi menentukan status dan jumlah kerosakan jeti tersebut.

Aku agak gembira bila ditugaskan di Langkawi. Jauh dari hiruk pikuk kebisingan kota besar Kuala Lumpur. Di sini keadaannya begitu tenteram dan mendamaikan. Untuk tugas kali ini, aku perlu melaksanakannya dalam masa 4 bulan. Oleh itu, aku perlu aturkan kerja dengan rapi supaya tidak berlaku kelewatan. Tambahan pula ini merupakan 'task' pertama aku dalam membaikpulih jeti.

My Time During Construction Of Pavilion KL

Ketika sedang mencari pekerjaan selepas tamat belajar, aku telah ditawarkan dengan satu pekerjaan oleh sebuah syarikat beralamat di Puchong, Selangor. 'Managing Director' syarikat telah beri aku 'task' di tengah-tengah pusat bandar KL di mana syarikat  tersebut telah dilantik sebagai sub-kontraktor untuk 'installation of starter bars'. Setelah ditinjau maka ianya adalah Projek Pavilion KL dan merupakan projek mega dengan kos melebihi setengah billion ringgit.

My Friend Gave Me B$1 Long Time Ago


Gambar di atas adalah duit B$1 pemberian seorang teman bernama Nuhairi Aminuddin atau lebih mesra di panggil Aie Kokak @ Tibet di kalangan teman-teman. Hehe... Seingat aku, beliau telah menghadiahkan kepada beberapa teman serumah duit B$1 tersebut kerana telah menjemput beliau di Pasar Seni, KL. Ini kerana beliau baru pulang bercuti di Brunei. Duit itu telah aku lipat dan simpan di dalam dompet untuk suatu tempoh yang agak lama. Lihat sajalah pada gambar di atas sehingga terwujud urat lipatan pada duit tersebut.

Penyakit Mulut Kucing

Baru-baru ini 3 ekor kucing aku telah diserang penyakit mulut di mana mulut kucing akan berbau busuk dan menyebabkan kucing hilang selera untuk makan. Ini boleh menyebabkan kucing menemui ajal.

Pada  19 & 21 Januari 2010, kucing aku bernama 'Degil' dan 'Lembut' telah mati disebabkan penyakit mulut ini. Aku pun kurang pasti bagaimana penyakit ini boleh menyerang kucing-kucing aku sedangkan kucing-kucing aku itu hanya bermain di dalam rumah sahaja. Adik aku merupakan orang paling sedih kerana beliau telah membela kucing-kucing tersebut sejak dari kecil lagi.

23 January 2010

Ansuran Mudah Kamera (Pelik @ Lucu @ Bengong)


Ketika berjalan-jalan di Giant Tambun, isteri aku mengajak untuk cuci gambar di mesin kiosk yang terdapat di salah sebuah kedai gambar di sana. Isteri aku ingin mencuci beberapa keping gambar perkahwinan kami yang diambil menerusi handphone beliau. Ketika menunggu 'turn' untuk menggunakan mesin kiosk tersebut, mata aku terpandang dengan promosi jualan murah  @ kaedah bayaran ansuran mudah kamera di dalam premis kedai tersebut.

The Dinner & Lunch

Pada malam 22 Januari 2010, aku dan isteri telah ke Dataran Ipoh untuk menikmati menu sup di gerai berhampiran. Aku bersetuju untuk mengatakan rasa sup di gerai tersebut memang enak dan power. Justeru itu, ini bukanlah kali pertama kami menikmati sup di gerai tersebut.

Seperti kebiasaan, aku akan memesan kuew teow sup dan kopi 'o' ais manakala isteri aku pula memesan nasi goreng ayam dan teh ais bersama sepinggan keropok sebagai makanan ringan. Menu special di gerai tersebut adalah sup. Jadi, jika dah rasa sekali pasti nak datang lagi ke gerai tersebut.

17 January 2010

Format Komputer Makcik

Pada hari Jumaat (16 Januari 2010) makcik aku telah meminta bantuan untuk membaiki komputer beliau kerana komputer tersebut gagal untuk "logon" Windows sebagaimana kebiasaan. Aku pun memberitahu bahawa aku akan datang ke rumah beliau pada hari Sabtu (keesokkan harinya).

Aku telah datang ke rumah makcik aku di Tanjung Rambutan sekitar pukul 3.00pm. Sampai saja di rumah beliau terus aku ke meja komputer. Aku pun "switch on" komputer beliau dan mendapati Windows gagal berfungsi setelah "scan disk" dijalankan secara automatik. Penyelesaian yang aku usulkan adalah untuk format semula komputer tersebut dengan kebarangkalian kesemua data yang disimpan di dalam C:/My Documents akan gagal diselamatkan.

AVATAR Movie


Pada hari Rabu 13 Januari 2010, sebaik saja aku balik kerja dalam pukul 5.30pm, terus aku ke Jusco Kinta City untuk booking filem AVATAR di TGV. Laku betul filem tu macam pisang goreng panas sebab seat untuk filem tu FULL aje. Masa tayangan yang ada pukul 6.30pm dan 9.55pm sahaja. Aku booked untuk tayangan pukul 9.55pm.

Pada asalnya aku nak surprisekan isteri aku untuk menonton wayang tapi aku perlu call isteri aku jugak sebab masa tayangan untuk filem tersebut ialah pada pukul 9.55pm, manalah tahu beliau tak setuju pulak. Sengaja aku pilih hari Rabu sebab harga tiket pada hari Rabu lebih murah berbanding biasa, iaitu cuma RM7.00 seorang sahaja.

16 January 2010

Dinner Di Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung


Pada 12 Januari 2010 yang lalu, aku dan isteri bercadang untuk makan malam di luar. Lokasi makan malam belum ditentukan. Lebih kurang pukul 8.30pm, kami keluar dari rumah dan menuju ke destinasi yang belum ditentukan. Masing-masing di antara kami bertanyakan hendak makan malam di mana.

Ketika sampai di persimpangan Bulatan Jalan Tambun  - Jalan Hospital, barulah aku terfikir untuk makan malam di Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung sahaja. Restoran tersebut terletak di Jalan Ali Pitchay. Aku telah 2-3 kali makan di sini sebelum ini. Kali ini aku membawa isteri pulak untuk dapatkan pandangan beliau tentang rasa makanan di restoran tersebut.

Surat Permintaan Lesen Kereta Motor Negeri-Negeri Tanah Melayu


Ketika melakukan proses penggeledahan almari untuk tujuan mengemas. Mata aku terpandang pada satu borang/surat yang sudah kekuning-kuningan. Setelah diamati ternyata ia adalah Surat Permintaan Lesen Kereta Motor yang telah dikeluarkan sejak Nov 1969 seperti yang tertera pada pindaan di bahagian atas kiri surat tersebut.

Ternyata surat ini sudah tersimpan agak lama sehingga warnanya berubah kekuning-kuningan. Begitulah warnanya sebagaimana yang dipaparkan tanpa aku lakukan sebarang proses editing. Perkataan yang diguna pakai sedikit berbeza dengan perkataan yang biasa kita gunakan sekarang. Mungkin surat ini tersimpan kerana bapa aku ingin mengambil lesen motosikal pada ketika itu. Apapun, surat ini akan aku simpan sebagai salah satu sejarah persuratan dalam perkembangan perlesenan kenderaan di Malaysia.

Kad Balik Kampung SMT Slim River



Kad ini digunakan ketika hendak balik kampung. Pelajar dimestikan menyerahkan kad ini kepada warden asrama untuk ditandatangani terlebih dulu sebagai makluman kepada warden asrama tersebut. Akan tetapi kebanyakan pelajar tidak menyerahkan kad ini kepada warden asrama termasuklah aku. Lihat sajalah pada kad balik kampung itu cuma terisi 3 kali saja. Kad ini digunakan ketika aku belajar di Sek. Men. Teknik Slim River pada tahun 1996-1997.

15 January 2010

Kad Aktiviti Pelajar UiTM Kampus Perlis




Gambar di atas ialah Kad Aktiviti Pelajar yang harus diisi oleh pelajar apabila melakukan aktiviti di kolej. Memandangkan itu adalah kad aktiviti pelajar aku di semester yang ke-4 maka tak banyak yang diisikan kerana maklumlah aku dah memasuki alam fresh senior pada ketika itu jadi malas mahu isi kad sebegini.

Kad Poket Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan


Kad ini diterima beberapa hari setelah menjadi pelajar di ITM Perlis pada ketika itu. Kad ini adalah untuk kegunaan ketika meminjam buku di perpustakaan Dato' Jaafar Hassan ITM Perlis. Aku tak berapa pasti sama ada kad ini masih digunakan selepas ITM berubah menjadi UiTM kerana aku sangat jarang meminjam buku di perpustakaan.

Fungsi kad poket ini ialah kad pada buku yang dipinjam akan dimasukkan ke dalamnya dan diserahkan kepada pengawas perpustakaan untuk rekod. Tapi apa yang aku ingat adalah aku kerap didenda kerana lewat menghantar pulang buku yang dipinjam. Seingat aku jika lewat sehari dendanya adalah RM0.20. Kelakar pulak tengok gambar aku di zaman muda-muda dulu. Kurus aje tapi sekarang mungkin dah berisi sikit.

Enterpreniurship (ETR300)



Enterpreniurship (ETR300) (betulkah ejaan aku ini?) atau Asas Keusahawanan adalah satu subjek yang perlu diambil pada semester ke-6 untuk semua jurusan Diploma.  ETR300 adalah satu projek proposal yang perlu dilaksanakan secara berkumpulan. Maka bermulalah proses pemilihan "director" sebagai rakan kongsi syarikat yang bakal ditubuhkan.

My Younger Brother's Biodata


Sebenarnya biodata ini baru saja adik aku buat sebentar tadi. Ntah mengapa tiba-tiba dia nak buat biodata aku pun kurang pasti. Mungkin selepas melihat "note" yang isteri aku catatkan di kalendar tarikh hari jadi setiap ahli keluarga, jadi mungkin selepas itu dia pun secara tidak langsung berminat untuk membuat biodata agaknya.

Bila diperhatikan agak kelakar biodata yang adik aku buat ini. Dengan ejaan BIODATA pun sudah jadi BIDOTA. Kemudian yang paling kelakar ialah makanan kegemaran beliau iaitu Ikan Rebus. Spesis Ikan Rebus yang dimaksudkan ialah ikan mabong @ kembung kerana adik aku gemar memakan ikan jenis itu. Sangat jarang dan pelik benar kita mendengar makanan kegemaran seseorang itu ialah Ikan Rebus. Hehehe...

14 January 2010

Kesatria Baja Hijau



Di zaman Diploma di UiTM Arau suatu ketika dulu, aku telah menyertai kokurikulum Kesatria Kembara. Tapi jawatan aku cuma sebagai ahli biasa saja sebab aku kurang aktif dalam aktiviti kokurikulum tersebut. Aku menyertai Kesatria Kembara pada semester yang ke-4. Pada semester pertama, aku juga menyertai Kesatria. Aku tak pasti pada semester ke-2 & ke-3 aku menyertai persatuan apa. Mungkin Kadet Bomba atau Bola Lisut agaknya. Ntahlah, aku pun dah lupa.

Gambar di atas ialah Tag Nama aku ketika menyertai Kesatria Kembara di semester ke-4. Baju Kesatria adalah berwarna biru gelap berlengan panjang. Namun, Kesatria lebih popular dengan panggilan "Katak Hijau" oleh persatuan yang lain kerana Komander Kesatria beruniform hijau. Aku pun tak tahu macam mana asal usul gelaran ini terjadi. Aku tak pasti sama ada gelaran itu masih diguna pakai kini. Mungkin kita boleh merujuk kepada En. Amir Khomeiny Bin Ruslan untuk mengetahui info yang lebih lanjut kerana beliau merupakan pensyarah di universiti tersebut.

10 January 2010

My Final Year Project During Studying At UiTM Shah Alam



Setelah banyak tahun jugak belajar untuk dapatkan Sarjana Muda ni akhirnya berjaya jugak aku memperolehinya. Aku bukanlah terdiri daripada golongan yang pandai dan cemerlang. Jadi, sebab itulah banyak tahun diperlukan untuk menggenggam segulung ijazah walaupun masa konvokesyen ijazah tersebut tidak pun digulung.

Di sini aku ingin menceritakan tentang Projek Tahun Akhir yang aku buat. Setiap pelajar Sarjana Muda diwajibkan untuk membuat Projek Tahun Akhir. Tajuk projek aku ialah "Analysis Of PSSDB Wall Panel With Vertical Butt Joints In The Dryboards". Panjang betul tajuk projek aku ni. Bagi mereka yang dalam bidang kejuruteraan mungkin senang nak faham. Bagi yang bidang lain tu mungkin payah sikit nak faham tentang projek jenis apa yang aku buat ni.

Smart Card During Studying At UiTM



Aku sendiri tak menyangka aku masih lagi menyimpan smart card ini. Tapi aku berbangga bukan sahaja aku produk UiTM tapi juga aku mempunyai sesuatu dari UiTM untuk aku simpan jadikan kenangan.


Ketika aku memasuki UiTM, pada ketika itu UiTM masih menggunakan nama ITM kerana aku menyambung belajar di sana pada Mei 1998. Jika tidak silap aku, ITM berubah nama ke UiTM pada tahun 1999. Maka sebab itulah smart card aku masih lagi menggunakan logo ITM.

Artikel Aku Di Utusan Malaysia

Ketika menggeledah laci di bilik, aku terpandang dengan sekeping surat khabar yang telah agak lama disimpan sehingga warnanya pun telah berubah kekuning-kuningan. Setelah diteliti ternyata helaian akhbar tersebut bertarikh Selasa, 24 Februari 1998. Ternyata usianya menjangkau 11 tahun lamanya. Aku berumur 18 tahun pada ketika itu, sedang menunggu keputusan SPM.

Sebenarnya, sengaja aku simpan helaian surat khabar tersebut kerana kandungannya telah mencatat sejarah dalam hidup aku. Ini adalah kerana artikel aku telah diterbitkan pada surat khabar tersebut. Bagaimana ini boleh terjadi? Bagaimana ia bermula?

My Blogspot's Banner


The Power Of Human Mind



Pasti ramai di antara kita pernah mengetahui tentang ini. Mungkin ada yang pernah terbaca di mana-mana media cetak mahupun di medium maya ini. Namun, sengaja aku ceritakan tentang perkara ini untuk dikongsi bersama.

09 January 2010

Kembali Memblog New Episode

Salam buat teman-teman sekalian.

Setelah sekian lama menyepikan diri dari dunia blog, kini aku ingin kembali berjinak-jinak semula dengan medium canggih ini. Penulisan blog bukanlah baru bagi aku kerana aku telah memulakannya sejak tahun 2005 lagi namun disebabkan beberapa faktor yang tak dapat aku ceritakan maka aktiviti menulis blog aku terhenti untuk suatu jangka masa yang panjang.