9 Mac 2010 - Selepas balik dari kerja, isteri telah mengajak aku untuk ke pusat membeli-belah Giant yang terletak di Sunway City. Ini adalah kerana beliau ingin membeli sesuatu yang penting bagi diri beliau dan penting juga bagi diri aku. Apakah benda itu biarlah menjadi rahsia kami buat masa ini.
Selepas membeli apa yang diinginkan, kami pun mengambil kesempatan untuk makan petang bersama-sama. Kami telah ke medan selera di Giant untuk menjamu selera. Seperti kebiasaan, menu yang akan aku pesan pastinya ikan bakar portugis pari + sotong. Isteri aku pula memesan ikan bakar portugis pari kerana beliau kurang gemar makan sotong.
Kemudian, sebelum balik ke rumah, kami telah singgah di pasar malam Taman Perpaduan. Pasar malam di sana di adakan setiap malam Selasa. Adalah kurang elok sekiranya tidak membawa sebarang buah tangan untuk keluarga di rumah sedangkan kami perut kami sudah kekenyangan. Jadi, di pasar malam itu kami telah membeli koew teow goreng, apam balik, putu piring dan nasi lemak kukus. Isteri aku pula telah membeli 'cover casing' untuk telefon bimbit beliau yang cuma berharga RM10.00.
Lebih kurang dalam pukul 9.30pm, kami telah keluar sekali lagi. Kali ini destinasi kami adalah Gerbang Malam Ipoh. Isteri berhajat untuk membeli sandal 'crocs' kerana di sana lebih banyak pilihan. Aku pula berhajat untuk membeli 'cover casing' untuk telefon bimbit Sony Ericsson C905 kerana ketika di pasar malam tadi 'cover casing' tersebut sudah kehabisan.
Setelah meninjau-ninjau sandal dan 'cover casing' yang diinginkan, akhirnya isteri membeli sepasang sandal 'crocs' yang comel berharga RM15.00 manakala aku pula membeli 'cover casing' berharga RM15.00 juga.
Pada blog aku yang lepas, aku ada menceritakan harga barang-brang yang dijual di Gerbang Malam ini agak murah. Namun, aku merasakan kini harga barangan yang dijual tidaklah terlalu murah. Malah ada harga barangan yang dijual seperti tidak masuk akal. Ada barang yang dijual lebih mahal dari barang yang dijual di kompleks membeli-belah. Sandal dan 'cover casing' yang kami cari juga harganya mencecah lebih dari 2 kali ganda berbanding barang yang sama dijual di pasar malam.
Justeru itu, ingin aku nasihatkan kepada anda sekiranya membali barang-barang di Gerbang Malam supaya bijaklah memilih gerai-gerai yang memberi harga yang lebih relevan. Bandingkan dulu harga barangan di setiap gerai sebelum membeli. Pesanan khidmat masyarakat daripada aku.

No comments:
Post a Comment