Pagi tadi selepas selesai perbincangan dengan kontraktor utama, beliau mengajak aku untuk bersarapan di salah sebuah gerai makan yang amat popular di kalangan penduduk Manjoi. Aku tak pasti apakah nama gerai makan tersebut. Sekilas pandang seperti Gerai Makan Man. Ramai betul pelanggan yang datang ke gerai makan tersebut hinggakan meja makan sentiasa penuh.
Seperti semalam dan kelmarin, aku masih memesan koew teow kari. Tujuannya adalah untuk menilai tahap kesedapan koew kari di setiap kedai makan yang aku kunjungi. Bagi aku dan pendapat lidah aku yang merasanya, ianya tidak jauh berbeza dengan rasa koew teow kari yang aku makan di kedai makan pada hari-hari sebelumnya. Ianya masih belum dapat menandingi kesedapan koew teow kari simpang 3 Batu 8.
Pada sebelah petangnya pula, aku telah berjumpa rakan lama berbangsa Tionghua yang sudah hampir 2 minggu tidak berjumpa. Hubungan sahabat 1 Malaysia kami memang rapat dan boleh dikatakan dalam seminggu lebih kurang 2 kali kami akan berjumpa. Beliau telah menghubungi aku semalam mengajak aku untuk berjumpa pada hari ini. Lokasi perjumpaan adalah di Restoran Mee Rebus Ramli di Tasek.
Memandangkan aku pun sedang lapar, maka kali ini aku telah memesan nasi ayam. Kali ini aku merasakan rasa nasi ayamnya agak 'kureng' sedikit. Aku tak menyalahkan restoran tersebut kerana menu itu bukanlah dikategorikan sebagai kepakarannya. Kepakarannya adalah mee rebus.
Selepas berbual-bual selama lebih kurang 1 jam. Kami pun bertolak balik. Thank you Ah Heng for the meals.
No comments:
Post a Comment