Follow us

07 March 2010

Berjalan-Jalan Di TESCO Station 18

6 Mac 2010 - Semalam selepas membeli aksesori komputer di Kompleks Yik Foong, kami telah ke pusat membeli-belah TESCO Station 18 yang terletak di Pengkalan. Pada suatu ketika dulu, kawasan Pengkalan ini agak kurang membangun. Namun, sejak TESCO dibina di sana, kawasan tersebut telah berkembang maju. Nilai hartanahnya melonjak naik. Banyak kedai-kedai yang dulu terbengkalai telah dibaik pulih malah dijual macam goreng pisang panas.

Memandangkan masa yang diambil untuk membeli 'web camera' di Kompleks Yik Foong begitu cepat, maka aku telah mencadangkan supaya berjalan-jalan di pusat membeli-belah TESCO Station 18 pula. Sudah banyak bulan jugak aku tidak ke sana. Aku merasakan TESCO Station 18 lebih cantik susun aturnya jika dibandingkan dengan TESCO Ipoh dan TESCO Extra Ipoh.


Emak dan adik perempuan aku ingin membeli barang-barang dapur dan 'toiletries'. Aku hanya melakukan aktiviti 'window shopping' sahaja kerana misi utama aku untuk membeli 'web camera' sudah terlaksana.

Sebelum bergerak pulang, kami telah makan di 'Food Court' di TESCO Station 18 itu sendiri. Satu perkara yang membuatkan aku kurang puas hati adalah suasana di 'Food Court' itu sendiri yang bising umpama di pasar borong. Kedengaran bukan sahaja kanak-kanak terpekik-pekik malah jurujual yang berada di 'booth' masing-masing pun terpekik-pekik memanggil pelanggan.

Aku sudah makan tengah hari sebelum keluar dari rumah tadi. Tapi setelah lama berjalan-jalan, perut pun kembali lapar. Aku telah memesan koew teow kungfu dan air tembikai. Aku merasakan kaedah memasak koew teow kungfu ini agak unik kerana koew teow digoreng bersama-sama telur sebelum kuah kungfu yang seakan-akan kuah ladna diletakkan pada koew teow yang digoreng tadi.

Aku begitu berpuas hati sekiranya harga sesuatu makanan itu mahal tetapi sedap berbanding murah tetapi tak sedap. Jika murah dan sedap pasti akan lebih berbaloi. Mungkin susah nak cari kedai-kedai makanan sebegitu lagi.

No comments:

Post a Comment