Follow us

01 March 2010

Bersarapan di Restoran Atan & Friends

Pagi tadi selepas selesai melawat tapak di salah sebuah sekolah di Ampang, aku dan beberapa kakitangan yang lain telah pergi menjamu selera di Restoran Atan & Friends yang terletak berhampiran dengan Klinik Kesihatan Greentown Ipoh. Pada hari ini, barulah aku mengetahui kewujudan restoran tersebut.

Salah seorang kakitangan mengatakan makanan di situ sedap. Jadi, di kesempatan yang ada kami pun mencubalah sejauh manakah kesedapan yang dikatakan itu. Tambahan pula masing-masing belum bersarapan pagi lagi, maka perut pun berkeroncong meminta diisi.

Menurut salah seorang kakitangan tersebut, menu kari di restoran tersebut sedap, jadi aku ingin merasa sendiri tahap kesedapan yang diperkatakan itu. Seperti biasa, aku akan memesan makanan kegemaran aku yang berunsur koew teow, iaitu koew teow kari dan teh 'o' ais.

Setelah menikmati hidangan di restoran tersebut, rumusan yang boleh aku buat di sini adalah rasa koew teow kari tersebut boleh tahan sedapnya. Koew teow yang diletakkan pun banyak. Setuju untuk aku katakan di sini bahawa 3 setengah bintang berbanding 5 bintang aku bagi untuk koew teow kari tersebut.

Jika anda ingin mencuba koew teow / bihun / mee kari silalah berkunjung ke Restoran Atan & Friends yang terletak berdekatan dengan Klinik Kesihatan Greentown Ipoh.

1 comment:

  1. huehue...tetibe sayang pun nak mam mee kari...
    nak mee kari..nak mee kari..

    ReplyDelete