Ketika sedang asyik melayari internet pagi tadi, aku dihubungi oleh rakan berbangsa Tionghua yang mengajak aku untuk bermain badminton. Beliau telah 'booking' 1 'court' untuk bermain selama 1 jam dari pukul 12.00pm hingga 1.00pm.
Menurutnya, anak-anak beliau sudah teringin benar untuk bermain badminton sejak dari dulu lagi namun tidak berkesempatan. Jadi, selepas mengambil anak-anak beliau dari kelas tusyen, terus saja beliau ke kompleks sukan tersebut.
Beliau telah menelefon aku sekitar pukul 11.15am memaklumkan bahawa beliau telah 'booking' 1 court untuk bermain. Beliau mengatakan akan tengok sama ada masih ada 'court' lain untuk kami bermain. Namun, sehingga pukul 11.50am beliau masih tidak menelefon aku kembali sama ada beliau telah berjaya mendapatkan 'court' atau tidak.
Lalu aku pun menelefon beliau untuk mengetahui sama ada sudah dapat 'court' atau tidak. Dengan selambanya beliau mengatakan sedang menunggu aku di kompleks sukan tersebut. Maka tergesa-gesa dan bergegaslah aku mengambil peralatan badminton dan terus memecut laju kereta ke kompleks sukan tersebut.
Ini adalah kali pertama aku bermain badminton di kompleks sukan dan kali pertama juga aku bermain pada waktu tengah hari. Harga sewa 'court' untuk 1 jam adalah RM5.00 sahaja. Boleh dikategorikan sebagai murah. Ramai juga yang hadir untuk bermain badminton pada waktu tengah hari ini.
Memandangkan rakan aku itu sudah lama tidak bermain badminton maka permainan tadi pun sekadar sesi pemanas badan saja. Bagi mereka yang dikategorikan sudah boleh bermain badminton dengan baik maka bermain dengan seseorang yang baru mula hendak memahirkan diri mungkin agak sedikit membosankan.
Tapi tak mengapa kerana suatu ketika dulu tahap permainan aku seperti itu juga. Bila sudah kerap bermain barulah boleh mengasah kemahiran. Nampaknya, rakan aku itu bersungguh betul untuk kembali bermain badminton kerana sanggup beli kasut yang agak mahal. Mungkin selepas ini aktiviti hujung minggu aku adalah bermain badminton.

No comments:
Post a Comment