Selamat Hari Lahir... Selamat Hari Lahir... Selamat Hari Lahir... Untuk diri aku sendiri. Hari ini merupakan hari lahir aku yang ke-30 mengikut tahun Masihi. Sudah 30 tahun usia aku rupanya. Tapi raut wajah aku masih memperlihatkan wajah 'baby face' lagi. Hehe...
Sempena dengan hari lahir aku pada hari ini, isteri telah pulang dari Bandar Sunway ke Ipoh untuk bersama-sama dengan aku. Kebetulan beliau juga 'off day' pada hari ini. Isteri telah membeli sebiji kek hari lahir di Secret Recipe di Jusco Kinta City, Ipoh. Kek coklat + pisang dan rasanya memang enak dan lazat. Namun, tak berupaya untuk aku menghabiskan kesemuanya kerana kek tersebut begitu besar.
Sudah agak lama juga aku tidak memotong kek sempena hari lahir aku ini. Seingat aku kali terakhir aku memotong kek hari lahir adalah sekitar 10 tahun yang lepas. Jadi, bila dapat memotong kek hari lahir sebentar tadi membuatkan jiwa ini terasa muda remaja. Hehe...
Di sini, ingin aku mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih buat isteri tercinta kerana banyak berkorban untuk membuatkan aku gembira dan merealisasikan apa yang aku hajati. Terima kasih sayang... Namun, hadiah yang paling istimewa daripada isteri aku adalah apabila beliau mengatakan dirinya berbadan dua. Syukur... Alhamdulillah...
Selamat Ulang Tahun harijadi ke 30..hehehe ..ulang tahun katanya..bahasa aku makin teruk...ko memng muka baby face bertua bini ko..hehehe..btw bestnya tak lama lagi jadi ayah ko kan...yeah baby otw
ReplyDelete