Follow us

04 March 2010

Ganti 'Brake Pad' Kereta

3 Mac 2010 - Semalam aku telah mengambil masa yang ada untuk membaiki 'brake' kereta aku. Kereta aku telah mengalami masalah 'brake' sejak beberapa hari yang lalu di mana ketika 'brake' bunyi kasar kedengaran. Aku bercadang untuk membaiki 'brake' kereta aku itu pada cuti hujung minggu nanti namun disebabkan keadaan 'brake' tersebut semakin teruk maka aku terpaksa membaikinya dengan kadar segera.

Untuk tujuan itu, aku telah ke 'workshop' di Silibin untuk membaiki masalah 'brake' tersebut. Mujur hanya 'brake pad' saja yang telah haus. Justeru itu aku telah menukar 'brake pad' untuk 'front wheels' berharga RM75.00. Aku juga bertindak untuk menukar 'brake oil' yang sudah lama tidak ditukar dengan harga RM35.00 sebotol. Jumlah kos membaiki keseluruhan adalah sebanyak RM110.00.

Sebenarnya 'disc' pada 'front wheels' kereta aku itu telah mengalami sedikit calar akibar dari 'brake pad' yang telah haus itu. Aku tidak berkesempatan itu membaiki 'disc' tersebut kerana kaedah milicinkan semula permukaan 'disc' mengambil masa sekurang-kurangnya 1 jam dan berharga RM80.00 untuk satu (1) 'disc'.

Aku telah lama menyedari 'absorber' aku sudah tiba masa untuk digantikan kerana 'absorber' kereta aku itu menghasilkan bunyi seperti berdecit-decit macam tikus ketika memandu. Kos minimum untuk menggantikan 'absorber' adalah RM400.00 termasuk upah pasang.

Jika ada rezeki lebih aku akan buat 'maintenance' menyeluruh untuk kereta kesayangan aku itu. Buat masa sekarang ini, selagi ianya boleh gunakan dan tidak menimbulkan masalah maka manfaatkanlah ia.

No comments:

Post a Comment