10 Mac 2010 - Isteri aku akan pulang ke KL pada hari ini kerana beliau akan bertugas 'shift' pagi pada hari esok. Jadi, di kesempatan yang ada, kami telah makan tengah hari bersama-sama di Kuang Station yang terletak di Ipoh Raya. Kuang Station memang agak popular di kalangan warga tempatan terutama yang berbangsa Melayu.
Isteri ingin memakan nasi ayam. Oleh itu, aku telah membawa beliau untuk makan nasi ayam di Kuang Station kerana rasa nasi ayam di sana lebih enak berbanding di beberapa tempat lain di Ipoh ini. Aku pula mengambil makanan hidang yang lebih membuka selera tekak dan makan aku. Ikan keli adalah lauk kegemaran aku. Ditambah begedil dan tempe, rasanya memang "perghhh..." mantap. Isteri adalah peminat tempe. Beliau berupaya untuk makan tempe seperti makan keropok. Hehe...
Selepas 'lunch', kami telah ke Klinik Kesihatan Manjoi untuk melakukan pemeriksaan ke atas kesihatan isteri, namun klinik kesihatan tersebut kekurangan peralatan pula. Oleh yang demikian, kami ke Klinik Kesihatan Ipoh yang terletak berdekatan dengan Taman Dr. Seenivasagam untuk melakukan pemeriksaan. Namun, jururawat di sana mengesyorkan kami supaya membuat membuat pemeriksaan di Klinik LPPKN yang terletak bertentangan dengan Klinik Kesihatan Ipoh itu sendiri.
Sebenarnya aku dalam keterujaan. Apakah itu? Hehe... Pada 21 April 2010 nanti aku dan isteri akan menghadiri 'talk' di LPPKN. Kena mintak cuti daripada bos nampaknya kerana aku ingin menemani isteri menghadiri 'talk' itu.
No comments:
Post a Comment