Follow us

07 March 2010

The WebCam & Microphone

6 Mac 2010 - Pagi tadi aku telah ber"Yahoo Messenger" dengan isteri aku. Namun, hanya aku yang dapat melihat 'video call' daripada isteri aku kerana desktop aku di rumah tidak mempunyai 'web camera' dan mikrofon. Isteri aku pula menggunakan 'laptop' di mana aksesori 'web camera' dan mikrofon memang sudah 'built in'.

Untuk membolehkan aku ber'YM' dengan isteri aku, maka aku telah bercadang untuk membeli sebuah 'web camera'. Lokasi yang menjadi pilihan aku untuk meninjau aksesori komputer tersebut sudah pastinya di Kompleks Yik Foong di Ipoh kerana terdapat banyak pilihan untuk membeli di sana.

Aku ke Kompleks Yik Foong bersama emak, dan 2 orang adik aku yang lain kerana kebetulan mereka ingin mengikut aku. Setelah berpusing-pusing mencari 'web camera' yang dihajatkan, akhirnya aku membelinya di Kedai RedCom yang terletak di tingkat 2. 'Web camera' yang aku beli jenis Creative berharga RM59.00.

Sebenarnya aku ingatkan 'web camera' yang telah aku beli itu mempunyai 'built in' mikrofon tetapi aku sudah tersilap. Ini adalah kerana aku telah meminta 'salesman' di kedai itu untuk 'brief' kepada aku mengenai 2 jenis 'web camera' yang telah menarik minat aku. Namun, beliau mengatakan kedua-duanya tidak mempunyai perbezaan melainkan rekabentuknya sahaja. Maka dengan itu aku pun memilih 'web camera' yang aku guna sekarang ini.
 
Setelah aku mencuba fungsi 'web camera' di rumah, barulah aku menyedari 'web camera' yang aku beli itu tidak mempunyai 'built in' mikrofon. 'Frust' betul rasanya. Hendak saja aku "tiu" jurujual yang 'brief' aku tadi itu.

Oleh yang demikian, bagi membolehkan aku ber'YM' dengan isteri, aku ke pusat membeli-belah Giant yang terletak berdekatan dengan rumah aku untuk membeli 'desktop' mikrofon. Harganya adalah RM22.90 seunit.

Pada hari ini, aku telah berhabis RM81.90 hanya untuk membolehkan aku ber'YM' dengan isteri aku. Namun, aku anggap itu berbaloi kerana aku boleh menatap sambil berbicara dengan isteri comel aku yang berada di Bandar Sunway, Petaling Jaya. Jika hendak menggunakan aplikasi 3G mungkin kosnya akan lebih mahal. Justeru itu, ini adalah kaedah yang lebih menjimatkan.

2 comments: