Kelmarin bertarikh 3 Mac 2010 merupakan hari aku bermain badminton. Aku balik lewat ke rumah kerana perlu menyelesaikan beberapa perkara di pejabat. Memandangkan 'game' aku pada malam tersebut maka aku telah bertindak untuk tidak menjamah makanan kerana sekiranya aku makan ianya akan menyebabkan perut aku senak kerana bermain badminton memerlukan pergerakan yang pantas.
Banyak set jugak aku main pada malam itu sehingga aku betul-betul rasa amat letih dan penat. Peluh keluar macam mata air dari badan aku. Mujur aku minum dengan banyak. Jika tidak mahu terhidrat aku dibuatnya. Tambahan pula perut aku yang kosong itu hampir menyebabkan kepala aku sedikit kepeningan.
Justeru itu, selepas selesai bermain badminton, aku telah singgah di gerai burger yang terletak berhampiran dengan rumah aku. Hanya anak muda @ remaja sahaja yang menjual burger di situ. Eloklah tu setidaknya ada golongan remaja yang masih membuat kerja berfaedah dari berpeleseran tak tentu hala dan menyusahkan masyarakat.
Sebenarnya aku lebih suka makan burger jalanan ini berbanding burger yang dijual di restoran makanan segera. Aku berpendapat rasa burger jalanan lebih enak dan "kena" dengan tekak aku. Harga burger jalanan pun jauh lebih murah jika nak dibandingkan dengan burger restoran makanan segera yang mahal dan rasa biasa saja.

No comments:
Post a Comment