18 Mac 2010 - Aku menerima "sms" semalam dari ibupejabat pada pukul 3.00pm yang menjemput untuk hadir lawatan tapak di Nilai pada hari ini. Surat rasmi sampai ke tangan aku pada pukul 9.00am tadi. Tapi mujur aku sudah menguruskan pengangkutan untuk lawatan tapak tersebut sejurus menerima sms dari ibupejabat. Aku mengajak pembantu kanan aku untuk hadir sama pada lawatan tapak tersebut.
Kami bertolak dari pejabat sekitar pukul 10.30am dan tiba di kilang IBS (Industrial Building System) tepat pukul 2.00pm. Perjalanan yang jauh memang memenatkan tapi mujur bukan aku yang memandu. Sesi perbincangan sepatutnya bermula pada pukul 2.30pm namun atas sebab-sebab kelewatan dan kesukaran untuk mencari kilang tersebut, perbincangan bermula pada pukul 4.00pm. Terdapat beberapa jabatan lain yang gagal untuk mencari lokasi kilang tersebut kerana kekeliruan pada nama kilang tersebut yang berbeza dengan apa yang dimaklumkan. Aku sendiri mengakui kelemahan ketara tersebut.
Perbincangan yang aku rasakan tidak berlangsung seperti yang dikehendaki telah menyebabkan urusan lawatan tapak itu sendiri menjadi suram. Kadar produktiviti yang dihasilkan oleh kilang juga tidak seperti apa yang diharapkan. Secara kesimpulannya boleh aku katakan di sini, hasil lawatan tapak adalah tidak memuaskan.
Selepas selesai perbincangan, kami telah Allson Klana Hotel Putra Nilai untuk minum petang. Memandangkan hotel ini terletak berdekatan dengan Universiti Sains Islam Malaysia, maka di hotel itu sendiri penuh dengan warga Arab. Sudah macam berada di Timur Tengah saja lagaknya.
Kami hanya memesan 'sandwich' sebagai kudapan petang. Memang tidak dinafikan harga makanan di hotel memang boleh tahan mahalnya. Tapi bila ada rezeki orang nak belanja, maka pucuk dicita ulam mendatanglah. Bak kata orang-orang tua, rezeki jangan ditolak.
Kemudian, kami pun bertolak balik dan sampai di pejabat sekitar pukul 9.15pm.
Sebenarnya, aku telah merancang untuk menonton wayang bersama isteri pada malam ini cerita 'Alice In Wonderland'. Tiket wayang pun sudah dibeli sejak 2 hari yang lepas. Namun, disebabkan urusan kerja ini, aku terpaksa meminta isteri untuk mengajak adik perempuan aku untuk menemani.
Walaubagaimanapun, kami masih sempat untuk makan malam bersama di lokasi kami mula-mula berjumpa, iaitu di Bercham. Hubungan romantik mesti diteruskan walaupun selepas bergelar suami isteri barulah ikatan lebih rapat dan kukuh. Semoga hubungan kami bahagia dan berkekalan sepanjang hayat. Amin...

No comments:
Post a Comment