Petang tadi lebih kurang pukul 4.00pm aku ke sebuah bank di Tanjung Rambutan untuk membayar ansuran kereta. Selepas itu, aku singgah di Railway @ KTM Corner untuk mengalas perut. Memandangkan aku pun masih belum makan tengah hari, maka aku pun memesan nasi ayam supaya dapat memberi tenaga kepada aku.
Seperti kebiasaan, aku akan mengajak adik bongsu aku untuk menemani kerana beliau memang suka mengikut aku berjalan-jalan. Melainkan sekiranya aku berjalan-jalan dengan isteri barulah dia tak mengikut aku. Adik aku itu juga memesan nasi ayam. Sudah 3 kali aku dan dia manjamu selera di sana dan setiap kali itu juga dia akan memesan nasi ayam.

Selepas selesai sesi mengalas perut, aku ke Bercham Raya pula untuk menservis kereta. Memandangkan 'mileage' yang tertera di odeometer pun sudah melebihi 500km, maka selayaknya kereta itu sudah diservis.
Aku memang kerap berkunjung ke kedai servis di Bercham Raya itu sekiranya ingin menservis kereta kerana aku berpendapat servis yang diberikan begitu memuaskan hati aku. Justeru itu aku memang tidak was-was untuk menghantar kereta diservis di sana.
Kali ini aku membawa minyak enjin sendiri dan cuma meminta pekerjanya menggantikan penapis minyak sahaja. Jadi, aku hanya dikenakan 'labour charge' sahaja untuk itu selain harga penapis minyak.

Kemudian aku meminta supaya diperiksa 'absorber' kereta aku kerana berpendapat 'absorber tersebut sudah hampir rosak kerana ketika memandu ianya menghasilkan bunyi seperti tikus. Ianya memang merunsingkan dan mengganggu fokus pemanduan aku.
Pekerja pusat servis itu juga bersetuju supaya digantikan 'absorber' pada kereta aku. Justeru itu aku meminta supaya digantikan 2 set 'absorber' utk 'rear wheel' kereta aku. Aku pun tidak sabar-sabar untuk memandu kereta dengan 'performance' seperti sediakala.
Namun, setelah 'absorber' diganti pun aku mendapati bunyi seperti tikus itu masih tidak dapat diselesaikan. Maka aku meminta supaya dilihat semula masalah yang dihadapi memandangkan masalah sebelum ini masih belum selesai.
Setelah diperiksa, pekerja servis memberitahu aku terdapat sesuatu seperti 'boost' yang perlu ditukar di 'rear wheel' kereta dan memerlukan masa 4 - 5 jam untuk menggantinya. Di atas kesilapan tafsiran yang dibuat sebelumnya maka aku diberi diskaun sehingga 40% bagi menggantikan 'boost' tersebut.
Pada hari Isnin (26/4/2010), aku akan menghantar semula kereta ke pusat servis tersebut untuk membaiki kerosakan yang dialami pada kereta aku.

No comments:
Post a Comment