Follow us

05 April 2010

Otai Burger

Selepas selesai aktiviti bermain badminton, dalam perjalanan pulang ke rumah aku telah singgah di gerai burger untuk membeli burger sebagai mengalas perut aku yang kelaparan. Tak aku sangka aku telah singgah di gerai Otai Burger. Walaupun selama ini aku kerap lalu di Jalan Tambun itu, tidaklah aku perasan Otai Burger terdapat di pekan kecil Tambun.

Mungkin agak terlewat bagi aku untuk menyedari bahawa Otai Burger ini sudah cukup popular di Malaysia. Adik aku kerap juga membeli burger Otai ini dan tidaklah aku sedari apa-apa tentang itu sehinggalah isteri aku mendedahkan kepada aku tentang betapa popularnya Otai Burger ini.

Aku agak kagum dengan strategi pemasaran dan perniagaan Otai Burger ini kerana ia agak unik. Siapa sangka perniagaan burger ini mampu dibuat secara francais.  Sehingga kini terdapat beratus-ratus cawangan Otai Burger di seluruh Semenanjung Malaysia. Tahniah diucapkan buat pemiliknya En. Suhaimi Abas.

Untuk maklumat lanjut bolehlah melayari laman web Otai Burger.

Aku berbangga melihat bangsa Melayu berjaya dalam perniagaan. Semoga selepas ini terdapat ramai lagi bangsa Melayu yang berjaya di Malaysia.

1 comment:

  1. Saya memohon agar pihak MFA/PNS/MARA mengkaji kembali sokongan pihak tuan kepada Otai Burger. Untuk makluman tuan2, penubuhan awal Otai Burger adalah dgn menggunakan nama Mie Burger. Di awal penubuhannya, Mie Burger cuma mempunyai 2 gerai burger sahaja dgn pengurusan yang tidak sistematik.
    Atas nasihat kami, penggunaan sistem yg lebih teratur telah digunakan dan gerai Mie Burger berkembang kepada 5. Untuk melebarkan sayap, penjenamaan dibuat dgn menggunakan nama OTAI Burger.
    Matlamat awal penubuhan disemak dan dipersetujui untuk membantu belia2 berniaga dgn OTAI sebagai tonggak dalam menyediakan sistem dan membantu membimbing belia2 ini berniaga. Pada masa itu, walaupun sistem telah wujud tetapi Suhaimi Abas (Owner Otai Burger) mempunyai masalah modal utk mengembangkan perniagaan beliau dan sekaligus membantu belia2 tersebut.
    Di atas dasar setiakawan dan ingin membantu belia2 terutama melayu untuk mengembangkan perniagaan, kami telah mengumpul dan mencari dana melalui rakan2 bagi membantu Otai.
    Perancangannya adalah kami (pelabur) akan membeli gerai tersebut dahulu pada harga RM6000 dan seterusnya menyewa-jual kepada pengusaha termasuk OTAI sendiri pada kadar RM200 sebulan selama 7 tahun. OTAI dalam pada itu akan memberi sewa RM250 kepada pengusaha. Lebihan RM50 akan dikumpulkan dlm satu akaun untuk digunakan bagi menebus kembali gerai2 tersebut supaya pengusaha tidak terbeban lama. Kadar RM200 ditetapkan oleh OTAI sendiri kerana beliau yakin pada harga tersebut pengusaha2 mampu untuk membayar kembali. Melalui kaedah ini, kami telah berjaya membantu OTAI untuk membuka lebih 50 gerai burger dalam masa tidak sampai 2 tahun.

    Pencapaian yang hanya dapat dimimpikan oleh OTAI sekiranya tanpa bantuan kami. Setelah berkembang, cadangan untuk mengfranchisekan OTAI dibuat oleh kami dgn niat membeli kembali gerai2 drp pelabur2 dan memberi hak terus kepada pengusaha. Malangnya, Suhaimi Abas mempunyai agenda sendiri. Melihat kepada geran yg bakal diterima adalah jutaan ringgit, beliau telah mengenepikan kami.
    Semenjak itu, sewa bulanan selalu lewat dan tidak tetap dan akhirnya tiada lagi pembayaran dibuat semenjak Jun 2009. Jumlah yang diberi kepada OTAI bagi menjayakan matlamat ini adalah lebih kurang RM200,000. Kami pelabur tidak ralat dgn duit tapi kami hampa kerana ditipu oleh OTAI utk kesenangan sendiri yg jauh dari matlamat asal utk membantu belia2 maju. Sebagai contoh, sebaik mendapat duit geran franchise beliau dgn angkuh telah membeli kereta BMW 5 series baru yang berharga lebih RM300,000 tapi tidak melunaskan duit sewa kami. Mungkin ada yg mengatakan kami tamak kerana nilai diberi RM200 tapi diterima sekiranya perjanjian dikotakan adalah RM16000. Tuan2 perlu ingat, pada awalnya, OTAI menyarankan agar dibuat perkongsian keuntungan dgn pengusaha pada kadar 40:60 pada tahun pertama dan 20:80 selepas mendapat modal.

    Kami tidak setuju kerana kami percaya duit tersebut adalah titik peluh pengusaha dan tidak patut kami hanya kerana mempunya wang mengerah serta memeras keringat pengusaha. Kiranya tuan2 fikir, duit RM6000 dilaburkan pada ASB, pada tahun ketujuh, pulangan yg diperolehi hampir mencecah RM14,000. Lebihan RM2000 melalui skim ini adalah adil dan sewa RM200 sebulan selama 7 tahun adalah tidak membebankan. Kami bukan mahu belas kasihan bukan pembelaan. Kami hanya mahu masyarakat tahu.

    OTAI bukan membela nasib bangsa tapi lebih kepada memeras keringat belia2. Keuntungan OTAI melalui syarikat membekal bahan mentah burger kepada pengusaha2 lain adalah melebihi 60% sebagai contoh cili sos hanya RM8 (pada masa itu) dijual RM20. Ini adalah penindasan yang mana kami telah bantah dahulu. Untuk pengetahuan tuan, kami sekarang dlm perbincangan dengan peguam kami utk menyaman Suhaimi Abas kerana memungkiri perjanjian dgn kami. Sekian


    sumber:
    http://www.mfa.org.my/?forum:otai-bu...an:31284-frm-4

    ReplyDelete