Follow us

30 April 2010

The Story Of "Bunyi Tikus"

26 April 2010 - Aku mengambil sedikit masa yang ada untuk menghantar kereta ke pusat servis kereta di Bercham Raya. Ini adalah kerana pada hari Sabtu yang lalu aku telah membuat temujanji dengan wakil pusat servis tersebut untuk menghantar semula kereta untuk dibaiki kerana aku merasakan "bunyi tikus" yang kedengaran di dalam kereta aku ketika memandu masih belum diselesaikan.

Justeru itu, aku menuntut supaya masalah tersebut untuk diselesaikan dengan segera kerana gegendang telinga aku sudah bingit mendengar "bunyi tikus" tersebut. Pada hari Sabtu yang lalu aku telah menggantikan 'absorber' di 'rear wheel' kereta aku dengan kos semurah RM100.00 sahaja. Namun, masalah "bunyi tikus" itu masih belum dapat diatasi.

Wakil pusat servis itu mencadangkan kepada aku supaya digantikan 'axle bush' pada kereta aku itu dan percaya ianya boleh menyelesaikan masalah "bunyi tikus" tersebut. Aku pun bersetuju supaya digantikan 'axle bush' dengan kos RM140.00. Penggantian 'axle bush' memerlukan masa antara 4 - 5 jam kerana ia kerja yang rumit. Maka, disebabkan pusat servis tersebut sudah hampir menutup operasi perniagaannya pada hari itu dan disarankan kepada aku supaya datang pada hari Isnin.

Setelah 'axle bush' diganti, aku merasakan masalah "bunyi tikus" itu masih belum diatasi. "Bunyi tikus" itu masih berleluasa di dalam kereta aku membuat aku menjadi rimas dan gelisah. Adakah tikus sebenar telah berkampung di dalam kereta aku itu? Aku telah membelanjakan RM240.00 untuk menyelesaikan masalah yang masih belum berjaya diatasi.

Kemudian, aku terfikir "bunyi tikus" itu kedengaran begitu kuat di dalam kereta dan bukan di bahagian 'rear wheel' kereta aku itu. Masalah pasti berpunca dari bahagian dalam kereta. Maka aku pun membetulkan 'seat' belakang kereta aku itu dan masalah "bunyi tikus" itu pun selesai.

Sebenarnya, 'seat' belakang pada kereta itu tidak dikunci dengan kemas dan disebabkan geseran antara kekunci itu telah menghasilkan "bunyi tikus" yang membingitkan. Masalah mudah telah diselesaikan dengan kaedah yang merumitkan. Haha...

2 comments:

  1. Ha..ha..kalau tau dari awal tentu jimatRM 240.00. Apa2 hal tahniah kerana tak berputus asa sehingga masalah diatasi..

    ReplyDelete
  2. Tikus ni selalunya seat atau engsel pintu dh worn out (tikus lg besar bunyinya)

    ReplyDelete