Petang tadi aku telah ke bengkel kereta di Bercham Raya untuk tujuan menservis kereta. Kereta tersebut sepatutnya sudah diservis beberapa hari yang lalu kerana batuan perjalanan yang tercatat di odeometer telah melepasi tempoh patut servis. Tetapi memandangkan aku agak sibuk dengan tugas maka aku tidak berkesempatan untuk menghantar kereta untuk diservis dalam tempoh waktu kerja.
Justeru itu, pada hari Sabtu aku mengambil kesempatan cuti ini untuk menservis kereta. Memang acapkali sekiranya ingin menservis kereta aku akan ke bengkel di Bercham Raya itu kerana aku berpuas hati dengan khidmat servis yang diberikan.
Pada kesempatan itu juga aku telah membuat 'realignment' pada 'front wheel' kereta walaupun lebih kurang 2 minggu yang lalu aku telah membuat 'alignment' pada kereta tersebut. Ini adalah kerana aku berasa kurang selesa dengan pemanduan setelah membuat 'alignment' sebelum ini. Aku berpendapat bengkel servis di Sungai Besar di mana aku membuat 'alignment' tersebut tidak begitu mahir dalam menservis kereta.
Kini, setelah membuat 'alignment' di bengkel servis Bercham Raya itu, pemanduan kereta menjadi begitu selesa.
Nota: Sekiranya anda mendapati masa yang diambil untuk membuat 'alignment' kereta anda begitu lama, maka anda bolehlah membuat keputusan bahawa bengkel servis tersebut bukanlah bengkel yang bagus kerana masa yang diambil untuk membuat 'alignment' sebenarnya begitu singkat dan cepat, iaitu lebih kurang 10 - 15 minit sahaja.

No comments:
Post a Comment