11 April 2010 - Lebih kurang pukul 10.00 pagi seorang rakan berbangsa Tionghua mengajak untuk meronda-ronda di Kanthan, Chemor. Aku pun kurang pasti tujuan beliau mengajak aku ke sana. Untuk tidak menghampakan permintaan beliau, aku pun bersetuju untuk mengikut beliau ke Chemor.
Selepas itu, beliau mengajak aku ke Ipoh Parade pula (dibawa bersama 2 orang anak beliau). Sesampainya di sana, mungkin rezeki aku agaknya beliau telah belanja aku makan tengah hari di restoran makanan segera Marry Brown. Alhamdulillah... kenyang perut aku.
Pada sebelah petangnya, aku 'on' dekstop dengan tujuan untuk 'backup' data laptop makcik aku yang akan aku 'format'. Namun, 'Windows' gagal di 'logon' kerana beberapa 'files' telah 'missing'. Aku pun kehairanan kerana sehari sebelumnya komputer aku berfungsi dengan baik. Aku tidak tahu mengapa kejadian 'sudden missing files' ini boleh berlaku?

Kebetulan laptop makcik aku juga gagal untuk 'logon Windows' kerana 'Windows Activation' sudah 'expired'. Aku menjadi sedikit bengang kerana perlu format laptop dan desktop yang 'failed to logon' secara tiba-tiba. Ini bermakna kerja aku bertambah dan masa yang akan diperuntukkan menjadi lebih lama.
Aku membuat keputusan untuk format dekstop aku terlebih dulu kerana aku perlu memastikan desktop aku berfungsi untuk 'backup' segala data dalam laptop makcik aku dan aku juga perlu mencari kod di internet untuk aktifkan Windows semula atau lebih popular di panggil 'crack'.
Aku mengambil masa yang singkat untuk format desktop aku kerana ianya agak mudah berbanding untuk aktifkan Windows untuk laptop makcik aku. Setelah kerja-kerja format desktop aku selesai, maka dapatlah aku gunakan desktop aku untuk 'search' di internet kod-kod yang mungkin boleh membantu untuk aktifkan Windows laptop makcik aku itu.
Aku telah 'key-in' banyak kod itu aktifkan Windows laptop makcik aku itu namun semua kod yang aku masukkan tetap gagal untuk 'crack' kod dan seterusnya menyebabkan Windows itu berfungsi. Aku menjadi begitu geram kerana aku telah menghabiskan masa berjam-jam lamanya hanya untuk 'crack' kod tapi hasilnya tetap tiada.
Bagi meredakan kegeraman aku itu, aku telah mengajak adik aku untuk makan petang di Stesen Keretapi Tanjung Rambutan. Aku memesan koew teow kicap (seperti ditunjukkan dalam gambar di atas) manakala adik aku pula memesan nasi ayam.
Aku malas nak komen banyak tentang rasanya kerana ianya memang tidak memenuhi selera tekak aku. Ianya tidak seperti apa yang aku harap dan gambarkan. Barangkali tukang masaknya belum cukup mahir untuk buat koew teow kicap. Atau adakah kerana rasa amarah aku yang membuatkan koew teow kicap itu menjadi kurang enak? Entahlah...
Selepas selesai makan petang, aku pun segera pulang untuk meneruskan kerja membaiki Windows laptop yang tergendala itu. Aku telah mendapat lampu hijau daripada makcik aku untuk format sahaja laptop tersebut. Maka ianya telah memudahkan kerja aku kerana aku boleh dikatakan pakar dalam format komputer ini terutamanya untuk sistem operasi jenis Windows.

Sebagaimana aku format dekstop aku, laptop makcik aku juga telah aku format dalam masa yang singkat. Aku juga berjaya menyelamatkan data-data yang tersimpan dalam laptop makcik aku sebelum ini. Aku begitu berpuas hati dan banggga kerana berjaya menyelesaikan masalah dan kerosakan laptop makcik aku itu.
Kepada kawan-kawan yang mempunyai masalah komputer juga bolehlah BERUNDING dengan aku OK. Hehe...
No comments:
Post a Comment