4 April 2010 - Pada tanggal 3 April 2010, aku bersama-sama dengan isteri beserta mak mentua, mak we (kakak sulung mak mentua) dan mak ngah (kakak no. 2 mak mentua) telah berangkat ke Kuala Lumpur. Kami ke sana menaiki kereta comel Kia Picanto milik isteri aku.
Tujuan kami ke sana adalah kerana terdapat urusan penting berkaitan projek mega mak mentua aku. Memandangkan isteri juga akan pulang ke Bandar Sunway untuk bekerja setelah memanfaatkan masa selama 6 hari di Ipoh. Maka perbincangan dan perancangan pun dibuat dan kata sepakat dicapai supaya kami bergerak dalam sebuah kereta supaya menjimatkan kos perjalanan.
Memandangkan aku adalah "orang harapan" untuk mengharungi jalan-jalan mengelirukan di Kuala Lumpur, maka stereng kereta tersebut ditangan aku. Aku cuma berharap supaya aku tidak lupa jalan-jalan di Kuala Lumpur kerana sebelum ini aku pernah bekerja dan menetap di Kuala Lumpur selama kira-kira 2 tahun.
Kami bertolak dari Ipoh pada pukul 6.45pm dan tiba di Keramat, KL pada pukul 9.45pm. Kami menetap di rumah anak mak ngah. Gambar yang aku 'attach' di atas tidak ada kena mengena dengan cerita ini cuma 'view' itu aku ambil dari balkoni rumah anak mak ngah.
Sesampainya di sana, mak mentua aku begitu bersungguh dengan projek mega beliau itu. Keesokan harinya perbincangan masih lagi berkisar tentang projek mega tersebut. Aku sendiri berharap dan berdoa supaya projek mega ini terlaksana.
Sekalung terima kasih aku tujukan buat anak mak ngah dan menantunya di atas layanan yang begitu baik dan memuaskan dan memberikan keselesaan kepada kami selama menetap di kediaman mereka.
Pada pukul 5.00pm, kami pun berangkat untuk menghantar isteri aku balik ke kediaman beliau di Bandar Sunway. Tersedu-sedan isteri menangis dan mengalirkan air mata kerana akan berjauhan daripada aku.
Selepas menghantar isteri aku ke rumah sewa beliau, kami pun bertolak balik ke Ipoh dan tiba di Batu 8 sekitar pukul 8.00pm. Syukur Alhamdulillah, perjalanan kami selamat dan dilindungi ketika pergi dan balik.

No comments:
Post a Comment