Pagi tadi lebih kurang pukul 7.15am, aku dan isteri bergerak dari Manjung untuk balik ke Ipoh kerana pada sebelah malamnya kami bermalam di rumah kakak ipar aku (kakak isteri aku). Aku bercadang untuk bersarapan pagi di Perak Tengah tapi memandangkan isteri sedang asyik tidur maka aku lanjutkan perjalanan sehingga ke Ipoh.
Sesampainya di Ipoh, aku telah membawa isteri untuk bersarapan di Manjoi. Kami telah singgah di Restoran Pak Wan yang cukup popular di Manjoi ini. Menu yang menjadi kegemaran aku adalah roti tampal (gambar). Roti tampal adalah kombinasi roti canai + telur goreng + 'baked bean'. Rasanya memang terbaik... cukup ummmppphhh... Isteri pula memesan roti goreng + telur separuh masak, roti canai dan pulut inti. Wah, berselera betul isteri aku makan.
Pada waktu tengah harinya selepas membeli bahan-bahan untuk masak lemak di pasar Tanjung Rambutan, aku mengajak isteri untuk makan cendol di Tambun kerana aku merasakan rasa cendol di Tambun lebih enak berbanding di tempat-tempat lain di sekitar Ulu Kinta ini. Isteri juga memesan cendol, koew teow goreng dan 'hotdog' goreng. Isteri memang berselera makan sejak "bawa budak" ni. Hehe...
Selepas selesai mengalas perut dengan cendol, kami pun balik ke rumah untuk memulakan aktiviti memasak masak lemak siput sedut (seperti ditunjukkan dalam gambar di atas) dan lokan rebus (tak sempat nak ambil gambar) pula.
Lenguh juga pinggang aku ketika memotong hujung siput tadi. Maklumlahlah siputnya agak banyak juga. Siput pun tidak di beli di pasar yang ada di kawasan Ulu Kinta ini tapi di beli di pasar Sitiawan ketika aku dan isteri berbulan madu di sana.
Kami juga ada membeli lokan sebanyak 2kg. Lokan ini adik-beradik kepah, lala dan retak seribu. Rasanya pun tidak jauh beza cuma isi lokan ini lebih besar berbanding lala dan retak seribu. Disebabkan sudah terliur untuk makan lokan masakan isteri aku itu sehingga aku tak sempat untuk mengambil gambarnya. Sudah habis "melantak" baru teringat nak ambil gambar. Hehe...
Terima kasih 'my wife' untuk hidangan istimewa tersebut.

No comments:
Post a Comment