"CIK" (seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas) adalah nama yang diberi oleh mak aku. Asal CIk itu adalah dari perkataan KECIK kerana suatu ketika dulu (ketika mak aku berniaga kedai makan) CIK telah dijumpai. CIK waktu itu masih 'baby'. Lalu mak aku membawanya balik ke rumah. Kebetulan di rumah juga ada ibu kucing yang menyusui anak. Kemujuran itu menjadikan CIK adalah anak angkat kepada ibu kucing tersebut.
Mak aku memanggil CIK dengan nama CIK BUNG CIK. Adik aku pula memanggil CIK dengan nama CIK KE BUNG. Aku pula memanggil CIK dengan nama CIK CUNG BIK. Hehe... Memang unik nama-nama diberi untuk CIK.
Aku akui CIK adalah kucing kesayangan aku. CIK pun begitu manja dengan aku. CIK gemar tidur di bilik aku. CIK merupakan satu-satunya kucing yang dibenarkan untuk tidur di bilik aku berbanding kucing-kucing aku yang lain. Disebabkan kemanjaan CIK dengan aku, maka gambar-gambar CIK lebih banyak aku ambil. Memang aku berat sebelah kepada CIK. Huhu...
Gambar di atas aku ambil ketika CIK sedang menelefon aweknya. Asyik sangat menelefon agaknya sehingga tertidur. Ketika aku melayari internet ini pun CIK tidur di atas meja komputer untuk menemani aku. Apabila aku ingin masuk tidur, CIK pun akan ikut aku untuk tidur di bilik. Bolehlah dikatakan CIK tak mahu berenggang dengan aku. Maka dengan itu selalulah aku upah CIK makan lauk-pauk. Mungkin sebab dapat upah agaknya sebab itu CIK manja dengan aku. Pandai kamu bodek aku ye CIK. Hehe...

No comments:
Post a Comment