25 April 2010 - Pada hari tersebut merupakan hari lahir adik perempuan aku yang ke-29 tahun. Aku memang sudah merancang untuk membawa 'family' makan di luar sempena hari lahir adik aku itu cuma aku tidak memaklumkan lagi kepada mereka sehinggalah isteri aku balik (isteri balik kerana cuti).
Rancangan asalnya aku ingin membawa 'family' untuk makan Pizza Hut di Giant Tambun. Namun, bila difikirkan semula adalah lebih elok sekiranya dibuat makan berhidang dengan menu yang pelbagai. Maka untuk tujuan itu aku telah membawa 'family' untuk makan di Restoran Waritha di Simpang Pulai.
Kebetulan adik perempuan aku yang sedang belajar di Kolej Kejururawatan Bukit Merah juga pulang bercuti maka suasana makan malam tersebut agak meriah. Banyak juga menu yang dipesan. Antaranya adalah ikan siakap masak pedas, udang masak petai, kerabu sotong, telur dadar, kailan ikan masin, tomyam campur dan 2 jug air oren dan tembikai.
Puas hati juga makan pada malam itu sehingga terlebih kekenyangan dibuatnya. Menu juga boleh tahan sedapnya. Ini adalah kali ke-2 aku membawa 'family' untuk makan di Restoran Waritha. Mungkin lain kali boleh bawa 'family' makan di sini lagi.

No comments:
Post a Comment