Follow us

30 April 2010

The Story Of "Bunyi Tikus"

26 April 2010 - Aku mengambil sedikit masa yang ada untuk menghantar kereta ke pusat servis kereta di Bercham Raya. Ini adalah kerana pada hari Sabtu yang lalu aku telah membuat temujanji dengan wakil pusat servis tersebut untuk menghantar semula kereta untuk dibaiki kerana aku merasakan "bunyi tikus" yang kedengaran di dalam kereta aku ketika memandu masih belum diselesaikan.

Justeru itu, aku menuntut supaya masalah tersebut untuk diselesaikan dengan segera kerana gegendang telinga aku sudah bingit mendengar "bunyi tikus" tersebut. Pada hari Sabtu yang lalu aku telah menggantikan 'absorber' di 'rear wheel' kereta aku dengan kos semurah RM100.00 sahaja. Namun, masalah "bunyi tikus" itu masih belum dapat diatasi.

28 April 2010

The Eating On 26 April 2010

26 April 2010 - Aku mengambil peluang waktu rehat untuk balik ke rumah. Kebiasaannya aku jarang balik ke rumah walaupun pada waktu rehat. Ini adalah kerana isteri aku berada di rumah jadi aku ingin makan tengah hari bersama beliau.

Aku mengajak isteri untuk makan tengah hari di medan selera Giant. Menu yang terbayang di ruang fikiran aku adalah ikan pari + sotong bakar. Kecur air liur bila membayangkan menu tersebut. Sudah agak lama aku tidak makan di sana. Mungkin sebulan agaknya. Lamakah tempoh sebulan itu? Hehe...

Happy Birthday To My Sister

25 April 2010 - Pada hari tersebut merupakan hari lahir adik perempuan aku yang ke-29 tahun. Aku memang sudah merancang untuk membawa 'family' makan di luar sempena hari lahir adik aku itu cuma aku tidak memaklumkan lagi kepada mereka sehinggalah isteri aku balik (isteri balik kerana cuti).

Rancangan asalnya aku ingin membawa 'family' untuk makan Pizza Hut di Giant Tambun. Namun, bila difikirkan semula adalah lebih elok sekiranya dibuat makan berhidang dengan menu yang pelbagai. Maka untuk tujuan itu aku telah membawa 'family' untuk makan di Restoran Waritha di Simpang Pulai.

24 April 2010

What I Did Today?

Petang tadi lebih kurang pukul 4.00pm aku ke sebuah bank di Tanjung Rambutan untuk membayar ansuran kereta. Selepas itu, aku singgah di Railway @ KTM Corner untuk mengalas perut. Memandangkan aku pun masih belum makan tengah hari, maka aku pun memesan nasi ayam supaya dapat memberi tenaga kepada aku.

Seperti kebiasaan, aku akan mengajak adik bongsu aku untuk menemani kerana beliau memang suka mengikut aku berjalan-jalan. Melainkan sekiranya aku berjalan-jalan dengan isteri barulah dia tak mengikut aku. Adik aku itu juga memesan nasi ayam. Sudah 3 kali aku dan dia manjamu selera di sana dan setiap kali itu juga dia akan memesan nasi ayam.

22 April 2010

Vacation @ HoneyMoon Episode 2

 
Pada 18 April 2010, aku telah bertolak dari rumah sekitar pukul 7.00am untuk ke Bandar Sunway, Petaling Jaya. Lebih kurang pukul 9.00am aku pun tiba di rumah sewa isteri aku di Bandar Sunway. Isteri bekerja 'shift' malam pada hari sebelumnya. Justeru itu, tatkala aku tiba di rumah sewanya isteri pun sedang bersiap dan berkemas untuk episod bulan madu kami.

Kami bergerak untuk menuju ke destinasi bulan madu kami, iaitu di Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut. Memandangkan perjalanan ke Lumut itu sehala melalui jalan Klang - Sitiawan, maka kami pun singgah di rumah mak di Sabak Bernam. Sempatlah aku melepaskan penat lelah memandu sampai tertidur.

21 April 2010

Makan-Makan Bersama Isteri

Pagi tadi lebih kurang pukul 7.15am, aku dan isteri bergerak dari Manjung untuk balik ke Ipoh kerana pada sebelah malamnya kami bermalam di rumah kakak ipar aku (kakak isteri aku). Aku bercadang untuk bersarapan pagi di Perak Tengah tapi memandangkan isteri sedang asyik tidur maka aku lanjutkan perjalanan sehingga ke Ipoh.

Sesampainya di Ipoh, aku telah membawa isteri untuk bersarapan di Manjoi. Kami telah singgah di Restoran Pak Wan yang cukup popular di Manjoi ini. Menu yang menjadi kegemaran aku adalah roti tampal (gambar). Roti tampal adalah kombinasi roti canai + telur goreng + 'baked bean'. Rasanya memang terbaik... cukup ummmppphhh... Isteri pula memesan roti goreng + telur separuh masak, roti canai dan pulut inti. Wah, berselera betul isteri aku makan.

17 April 2010

CIK Menelefon Awek

"CIK" (seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas) adalah nama yang diberi oleh mak aku. Asal CIk itu adalah dari perkataan KECIK kerana suatu ketika dulu (ketika mak aku berniaga kedai makan) CIK telah dijumpai. CIK waktu itu masih 'baby'. Lalu mak aku membawanya balik ke rumah. Kebetulan di rumah juga ada ibu kucing yang menyusui anak. Kemujuran itu menjadikan CIK adalah anak angkat kepada ibu kucing tersebut.

Mak aku memanggil CIK dengan nama CIK BUNG CIK. Adik aku pula memanggil CIK dengan nama CIK KE BUNG. Aku pula memanggil CIK dengan nama CIK CUNG BIK. Hehe... Memang unik nama-nama diberi untuk CIK.

Aktiviti Hari Ini

Ketika aku sedang asyik melayari internet pada pagi tadi, seorang rakan lama berbangsa Tionghua menelefon aku dan mengajak untuk makan tengah hari bersama di Restoran Tasek Raban. Bukan Restoran Tasek Raban di Lenggong tapi restoran yang terletak berhampiran dengan Stadium Perak, Ipoh.

Aku ni jenis tidak suka menghampakan permintaan orang lain, maka aku pun memenuhi permintaan rakan aku itu. Sementelah beliau pun hendak belanja aku makan tengah hari. Bak kata orang-orang tua, rezeki jangan ditolak. Agak lama juga kami bersembang di restoran tersebut, iaitu menjangkau 2 jam lamanya.

Restoran Tasek Raban memang amat dikenali oleh warga Ipoh. Jika ada yang tak tahu dimana lokasi Restoran Tasek Raban itu maka orang itu bukanlah orang Ipoh. Restoran Tasek Raban memang amat popular dengan hidangan makanan tengah harinya. Pelanggan yang datang memang tidak putus-putus. Tadi pun aku nampak Hamdan bekas anggota kumpulan Senario makan di situ bersama isteri beliau. Terima kasihlah diucapkan buat En Hamdan Ex-Senario kerana beliau turut hadir semasa majlis kenduri perkahwinan aku yang lalu.

13 April 2010

Cerita Hari Ahad (11 April 2010)

11 April 2010 - Lebih kurang pukul 10.00 pagi seorang rakan berbangsa Tionghua mengajak untuk meronda-ronda di Kanthan, Chemor. Aku pun kurang pasti tujuan beliau mengajak aku ke sana. Untuk tidak menghampakan permintaan beliau, aku pun bersetuju untuk mengikut beliau ke Chemor.

Selepas itu, beliau mengajak aku ke Ipoh Parade pula (dibawa bersama 2 orang anak beliau). Sesampainya di sana, mungkin rezeki aku agaknya beliau telah belanja aku makan tengah hari di restoran makanan segera Marry Brown. Alhamdulillah... kenyang perut aku.

10 April 2010

Saje-Saje Aje

Gambar-gambar ini sengaja aku 'snap' dan letakkan di blog hanya sekadar untuk saje-saje aje. Ini adalah kerana aku melihat ini sebagai sesuatu yang agak melucukan. Mungkin selepas ini akan ada lagi gambar seperti ini yang akan dimuat naik.

Gambar Atas diambil ketika aku menservis kereta pada petang tadi. Pada tiang elektrik terconteng tulisan dengan 'correction pen' atau cat. "Rempit Sampai Koma!" - mungkin ditulis oleh mat rempit juga.

Gambar Bawah diambil pada 8 April 2010 ketika aku membuat lawatan ke salah sebuah sekolah cina (lokasi dirahsiakan). Apa yang melucukan adalah terdapat Bilik Boss di bangunan pentadbiran sekolah tersebut sedangkan Guru Besar mempunyai bilik lain. Boss yang mana pula untuk bilik tersebut?

Servis Kereta Isteri

Petang tadi aku telah ke bengkel kereta di Bercham Raya untuk tujuan menservis kereta. Kereta tersebut sepatutnya sudah diservis beberapa hari yang lalu kerana batuan perjalanan yang tercatat di odeometer telah melepasi tempoh patut servis. Tetapi memandangkan aku agak sibuk dengan tugas maka aku tidak berkesempatan untuk menghantar kereta untuk diservis dalam tempoh waktu kerja.

Justeru itu, pada hari Sabtu aku mengambil kesempatan cuti ini untuk menservis kereta. Memang acapkali sekiranya ingin menservis kereta aku akan ke bengkel di Bercham Raya itu kerana aku berpuas hati dengan khidmat servis yang diberikan.

05 April 2010

Otai Burger

Selepas selesai aktiviti bermain badminton, dalam perjalanan pulang ke rumah aku telah singgah di gerai burger untuk membeli burger sebagai mengalas perut aku yang kelaparan. Tak aku sangka aku telah singgah di gerai Otai Burger. Walaupun selama ini aku kerap lalu di Jalan Tambun itu, tidaklah aku perasan Otai Burger terdapat di pekan kecil Tambun.

Mungkin agak terlewat bagi aku untuk menyedari bahawa Otai Burger ini sudah cukup popular di Malaysia. Adik aku kerap juga membeli burger Otai ini dan tidaklah aku sedari apa-apa tentang itu sehinggalah isteri aku mendedahkan kepada aku tentang betapa popularnya Otai Burger ini.

Aktiviti Merapatkan Hubungan Kekeluargaan

4 April 2010 - Pada tanggal 3 April 2010, aku bersama-sama dengan isteri beserta mak mentua, mak we (kakak sulung mak mentua) dan mak ngah (kakak no. 2 mak mentua) telah berangkat ke Kuala Lumpur. Kami ke sana menaiki kereta comel Kia Picanto milik isteri aku.

Tujuan kami ke sana adalah kerana terdapat urusan penting berkaitan projek mega mak mentua aku. Memandangkan isteri juga akan pulang ke Bandar Sunway untuk bekerja setelah memanfaatkan masa selama 6 hari di Ipoh. Maka perbincangan dan perancangan pun dibuat  dan kata sepakat dicapai supaya kami bergerak dalam sebuah kereta supaya menjimatkan kos perjalanan.