Follow us

08 May 2010

Selamat Pengantin Baru A-2-Z @ Khairul Azizi

2 Mei 2010 - Aku dan isteri telah menghadiri majlis perkahwinan rakan kami pada hari tersebut. Sebenarnya telah lama kami rancang untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan kami itu. Rakan kami itu bernama Khairul Azizi atau lebih dikenali dengan 'nickname A-2-Z' di kalangan penggemar mIRC (multy internet relay chat client).

Aku dan isteri telah mengenali A-2-Z sejak tahun 2005 lagi. Kami berkenalan di server irc KampungChat.Org. Beliau merupakan salah seorang staff server irc tersebut. Aku juga merupakan bekas salah seorang staff irc server KampungChat.Org. Justeru itu, hubungan setiakawan di kalangan staff server memang agak akrab.

Aku dan isteri ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada beliau (A-2-Z) kerana menghadirkan diri pada majlis perkahwinan aku yang lalu. Jadi, wajarlah kami menghadirkan diri pada majlis perkahwinan beliau dan pasangannya pula.

Majlis perkahwinan beliau telah diadakan di Kg. Serdang Permai yang terletak di kawasan Kg. Kepayang, Simpang Pulai. Koordinat GPS adalah pada "N04° 30.942 E101° 7.383".

Selamat Pengantin Baru kami ucapkan buat A-2-Z dan pasangannya. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

No comments:

Post a Comment