Follow us

28 May 2010

New Little Kitten Are Born

Pagi tadi Yon (nama salah seekor kucing) telah membawa pulang 3 ekor anaknya ke rumah. Kami telah menyedari Yon telah melahirkan anak lebih kurang seminggu yang lalu tapi lokasi Yon menyembunyikan anaknya tidaklah diketahui.

Kami amat yakin Yon akan membawa anak-anaknya ke rumah pada suatu hari nanti kerana kebiasaannya begitulah yang dilakukan oleh ibu-ibu kucing di rumah ini. Ini merupakan musim kelahiran ke-3 buat Yon.

Kelahiran kali pertama telah mengakibatkan kesemua anak-anak Yon mati. Mungkin pada masa itu Yon masih belum tahu menjaga anak. Kelahiran kali ke-2 menunjukkan Yon sudah pandai menjaga anak-anaknya kerana kedua-dua ekor anaknya yang diberikan nama Bandot dan Gendot membesar dengan sihat.

Yon telah melahirkan 3 ekor anak pada musim kelahirannya yang ke-3. Aku belum pasti apakah jantina anak-anak Yon itu. Tapi dari pandangan mata melalui warna bulunya menunjukkan berkemungkinan seekor jantan dan 2 ekor betina.

Semoga ketiga-tiga anak Yon membesar dengan sihat sebagaimana Bandot dan Gendot.

No comments:

Post a Comment