Follow us

15 May 2010

Masjid Ubudiah Kuala Kangsar

13 Mei 2010 - Aku menghadiri mesyuarat yang diadakan di Kuala Kangsar pada kali ini. Kebiasaan mesyuarat diadakan di ibu pejabat. Barangkali ingin mendapatkan suasana baru maka mesyuarat kali ini diadakan di Kuala Kangsar.

Di kesempatan berada di Kuala Kangsar ini, aku dan rakan-rakan yang lain mengambil peluang untuk menunaikan solat Zohor di Masjid Ubudiah yang terkenal di Perak dan barangkali terkenal di Malaysia juga.

Masjid ini terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar dan telah dibina oleh Sultan Idris Murshidul'adzam Shah I dan dirasmikan oleh Sultan Adbul Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917.

Sila klik di 'link' berkaitan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar.

Masjid Ubudiah memang cantik dan indah. Keadaan di sekitar masjid juga berangin dan tidak panas kerana bumbung masjid yang tinggi dan dihiasi dengan jubin yang berkualiti. Ruang di dalam masjid pula seakan-seakan kita sedang berada di Timur Tengah dan begitu dingin dan nyaman.

Jika anda melawat Kuala Kangsar, silalah singgah di Masjid Ubudiah. Tidak hanya untuk melihat keindahan senibinanya sahaja tapi bersolatlah juga.

No comments:

Post a Comment