Follow us

09 May 2010

Iron Man 2

2 Mei 2010 - Isteri telah 'booking' tiket untuk menonton wayang filem Iron Man 2 pada pukul 9.20pm di TGV Jusco Ipoh. Isteri begitu beria-ria dan teruja untuk menonton filem Iron Man 2 sehingga membeli set menu Iron Man 2 untuk dibawa masuk ketika menonton filem tersebut. Barangkali untuk menambahkan 'feel' ketika menonton agaknya.

Pada pendapat aku tentang filem ini, di awal penceritaan agak kurang menarik kerana terlalu banyak sesi bersembang. Aku agak apabila filem tersebut sudah menjengah ke separuh masa barulah aksi Iron Man itu baru bermula.

Aku bersetuju banyak yang tidak logik dalam filem tersebut. Namun, apa yang paling tidak logik adalah ketika Iron Man itu sendiri ingin menghasilkan suatu "produk" baru untuk dilekatkan pada dada beliau sehingga perlu membina peralatan 'laser' yang hebat untuk tujuan itu.

Ketika beliau mengalihkan pancaran 'laser' dari dinding ke "pusat penghasilan kuasa baru" tersebut, segala benda yang terkena pancaran 'laser' tersebut akan terpotong termasuklah 'I-Beam' yang menyokong makmal beliau itu. Tapi pancaran 'laser' itu tidak memotong kabel "pusat penghasilan kuasa baru" yang hanya diperbuat dari 'fiber'.

Musuh Iron Man juga musnah dengan terlalu mudah tanpa aksi berlawan yang hebat. Pengarah sepatutnya lebih menggarap aksi berlawan di antara Iron Man dan musuhnya lebih lama. Aku berpendapat aksi berlawan antara Iron Man dan musuhnya selesai dalam tempoh 1 minit sahaja.

Jadi, secara keseluruhannya aku memberi 'rating'  sebanyak 2 setengah bintang untuk filem ini.

No comments:

Post a Comment