Follow us

09 May 2010

It Is Time To Karaoke

2 Mei 2010 - Selepas menghadiri kenduri perkahwinan A-2-Z, aku, isteri dan 2 orang adik aku tertanya-tanya kemanakah destinasi kami seterusnya? Lalu aku mencadangkan supaya ke Tesco Station 18 saja kerana jaraknya tidak berapa jauh dari lokasi majlis perkahwinan rakan kami itu.

Sesampainya di Tesco Station 18, mata aku terpandang pusat hiburan karaoke yang terdapat di dalam Tesco itu sendiri. Aku pun mengajak isteri dan adik-adik aku untuk berkaroke bersama. Isteri aku memang tiada halangan kerana beliau memang gemar berkaraoke.

Sudah agak lama aku tidak berkaroke. Kali terakhir berkaroke pun bersama isteri aku di Greentown Mall, Ipoh suatu ketika dulu yang aku sendiri sudah lupa tarikhnya.

Aku dan isteri telah memilih 4 buah lagu dengan harga RM1.50 bagi sebuah lagu. Lagu-lagu yang kami nyanyikan adalah Cari Jodoh (Wali Band), Lamunan Terhenti (Aris Ariwatan), Music Of My Heart (Gloria Estefam & N' Sync), & Aku Dan Dirimu (Ari Lasso & Bunga Citra Lestari).

Aku menyanyikan lagu Lamunan Terhenti secara solo. Disebabkan sudah agak lama aku tidak berkaraoke, maka sampai sakit tekak juga dibuatnya. Nampaknya kena minum air asam Jawa lah jawabnya. Terhibur juga berkaraoke ni. Lain kali boleh berkaraoke lagi.

No comments:

Post a Comment