Follow us

10 May 2010

His Name Is MUSang

Pada 7 Mei 2010, aku mengambil kesempatan untuk makan tengah hari di rumah. Maklumlah isteri berada di rumah pada ketika itu dan akan pulang ke Bandar Sunway pada petangnya. Jadi, masa yang ada itu aku mengambil peluang untuk bersama isteri tersayang.

Isteri memaklumkan kepada aku terdapat sekor anak kucing di luar rumah. Aku pun dengan segeranya mencari-cari anak kucing tersebut. Banyak kali juga aku menjenguk-jenguk mencari anak kucing itu tapi tetap tak jumpa. Rupa-rupanya anak kucing tersebut sudah 'landing' di bawah meja makan di rumah aku.

Setelah diselidiki ternyata anak kucing tersebut adalah jantan dan mempunyai perut yang buncit. Anak kucing tersebut telah dinamakan MUSANG atau singkatannya MUS. Hehe... Ini adalah kerana matanya yang besar seperti musang.

MUS ini walaupun kecil tapi begitu kuat makan. Walaupun perutnya sudah buncit namun jika dihulurkan makanan pasti MUS akan makan lagi. MUS mungkin tidak mempunyai kawan-kawan untuk bermain kerana kucing-kucing yang ada di rumah aku semuanya sudah besar. Jadi, disebabkan itu MUS selalulah bermain sendirian.

Isteri aku begitu menyayangi MUS. Mungkin sebab perut MUS yang buncit itu agaknya. Ketika makan tengah hari bersama isteri di Greentown Mall pada 13 Mei 2010 yang lalu, sempatlah juga kami singgah di Pet Shop di sana untuk membeli makanan kucing terutamanya untuk MUS.

Banyak juga makanan untuk MUS yang dibeli. Nampaknya MUS akan bertambah buncit selepas ini. Hehe...

'Grow well MUS'.

No comments:

Post a Comment