Follow us

02 June 2011

Menonton Wayang Bersama Isteri

Pada 1 Jun 2011 (semalam), aku telah ke TGV Jusco Kinta City untuk menonton wayang. Sudah agak lama aku dan isteri tidak menonton wayang bersama. Maklumlah sejak kelahiran cahaya mata comel memang kami tidak berkesempatan untuk menonton wayang. Justeru itu, sebelum isteri memulakan tugas (selepas cuti pembedahan) pada hari ini maka beliau telah mengajak aku untuk menonton wayang.

Pada asalnya beliau ingin menonton cerita Kungfu Panda 2, akan tetapi aku memilih untuk menonton cerita Pirate Of The Carribean. Memandangkan hari Rabu merupakan "hari menonton wayang" maka keadaan di TGV Kinta City itu sendiri agak sesak. Masing-masing ingin menonton wayang agaknya kerana harga tiket yang lebih murah pada hari Rabu.

07 May 2011

Menonton Perlawanan Bola Sepak Perak vs Pahang Di Stadium Perak

Pada 6 Mei 2011, aku telah pergi ke Stadium Perak untuk menonton perlawanan bola sepak antara Perak vs Pahang. Sejak kebelakangan ini aku memang kerap menonton perlawanan bola sepak yang membabitkan pasukan Perak. Yelah, siapa lagi nak menyokong pasukan Perak kalau tak rakyat negeri Perak sendiri.

Pada mulanya aku ingatkan perlawanan bola sepak ini akan diadakan pada 7 Mei 2011. Aku pun tak tahu mengapa tarikh perlawanan diubah ke 6 Mei 2011 pulak. Aku ada bertanyakan kepada seorang sahabat yang famous di kalangan peminat bola sepak di Malaysia berkaitan perkara ini, menurutnya lagi dia sendiri tak pasti mengapa FAM mengubah tarikh perlawanan. Nampaknya kena tanya FAM pulaklah lepas ni.

30 April 2011

Menonton Perlawanan Bolasepak Perak vs Kedah Di Stadium Perak

Pada 29 April 2011, aku bersama 2 orang lagi sahabat aku bernama Mizi dan Faiez telah pergi menonton perlawanan bolasepak antara Perak dan Kedah di Stadium Perak. Ini adalah siri ke-2 perlawanan yang kami saksikan. Siri pertama yang kami saksikan dulu adalah antara Perak dan Terengganu pada 19 April 2011 yang lalu.

Pada mulanya, aku ingatkan perlawanan Perak dan Kedah ini pada 30 April 2011 (Sabtu) tapi bila aku baca suratkhabar ruangan sukan, jadual perlawanan berubah pada 29 April 2011 pulak. Aku masih ingat lagi memang dengan jelas dan nyata pada sebelum ini aku lihat jadual perlawanan adalah pada 30 April 2011.

23 April 2011

Memperbaharui Kad Hijau CIDB

Pada 20 April 2011 yang lalu, aku telah ke pergi ke Pejabat CIDB di Tingkat 5 Bangunan KWSP, Ipoh untuk memperbaharui Kad Hijau CIDB yang telah lama tamat tempoh. Seingat aku Kad Hijau CIDB aku sebelum ini telah tamat tempoh pada September 2009. Memandangkan bidang kerja aku memang melibatkan aktiviti pembinaan, jadi elok dan wajarlah Kad Hijau CIDB aku ini diperbaharui. Ini kerana pemegang kad ini (selagi dalam tempoh aktif) adalah diinsurankan dengan Skim Takaful Berkelompok CIDB.

Jika tak silap aku, sekiranya pemegang-pemegang Kad Hijau ini tidak memperbaharui kad dalam tempoh tiga (3) tahun maka mereka perlu mengambil atau menghadirkan diri semula untuk seminar/kursus CIDB tersebut selama satu (1) hari. Antara faktor aku memperbaharui Kad Hijau aku adalah kerana aku tak mahu menghadiri kursus tersebut sekali lagi. Hehe...

mIRC - Naik Pangkat Jadi Service Operator Di Server KampungChat.Org

Sudah hampir sebulan aku tidak memblog. Nampaknya semakin lama semakin kurang aku memblog. Tapi itu bukan petanda aku sudah ingin menamatkan aktiviti memblog aku ini. Cuma sekali sekala bila ada kelapangan barulah aku memblog. Aku cuma tidak mahu mewajibkan diri aku untuk memblog dan aku juga tidak mahu menghambakan diri untuk memblog.

Kali ini, cerita yang ingin aku sampaikan adalah mengenai aktiviti IRC yang telah aku ceburi sejak tahun 2003 sehingga kini atau dengan bahasa mudahnya adalah chat. Mungkin ada dikalangan anda yang tahu mengenai IRC ini dan mungkin juga ada yang baru tahu ataupun memang tak tahu langsung.

27 March 2011

Mobile Number Portability (MNP) - From Maxis To DiGi

Sudah 3 bulan lebih aku tidak mengemaskini blog. Dalam tempoh itu, sudah pelbagai aktiviti aku buat dan beberapa tempat aku kunjungi, namun aku tidak berkesempatan untuk menitipkan aktiviti aku itu ke medium maya ini. Atau lebih tepat lagi adalah kerana aku berasa amat malas untuk mengemaskini blog. Faktornya adalah aku tidak mahu terasa terpaksa untuk memblog sebaliknya aku mahu memblog dengan keadaan aku berasa amat selesa untuk melakukannya.

Kisah kali ini adalah sebagaimana tajuk di atas. Sebenarnya telah lama aku berhajat dan bercita-cita untuk menukar servis telekomunikasi yang aku guna sekarang ini, iaitu Maxis ke DiGi. Namun, pada hari ni barulah ianya terlaksana. Mengapakah aku ingin menukar servis telekomunakasi tersebut? [Sila klik Baca Lagi... di bawah untuk mengetahui sebab selanjutnya.]

20 January 2011

Apa Komen Anda Tentang Papan Tanda Ini?

Pada petang Isnin bertarikh 17 Januari 2011, ketika menjemput isteri di stesen bas Medan Gopeng, kami melalui Jalan Sultan Azlan Shah Utara. Kemudian aku terpandang pada satu papan tanda tertulis "Persatuan Wanita Perak Untuk Wanita (PWW)" lalu aku meminta isteri aku untuk snap gambar papan tanda tersebut.

Aku sudah banyak kali melalui Jalan Sultan Azlan Shah Utara ini dan baru kali ini aku terperasan papan tanda tersebut. Persatuan Wanita memang sudah layaknya untuk wanita sahaja. Adakah terdapat Persatuan Wanita untuk lelaki? Mungkin nama persatuan tersebut sudah didaftarkan sebegitu. Tapi bagi aku nama itu agak sedikit melucukan. Pendapat anda pula bagaimana?

17 January 2011

Mari "Check" Saman Di MYEG

Aku sudah register di myeg sejak beberapa bulan yang lalu. Aku agak "terkujat" ketika itu kerana mendapati terdapat satu (1) saman speeding tertera di situ. Ini adalah kerana aku tidak menerima sebarang surat saman pun dan tambahan pula aku tidak menghadapi sebarang masalah untuk memperbaharui cukai jalan kereta aku yang telah tamat tempoh.

Aku bertindak untuk sengaja melengah-lengahkan proses pembayaran saman speeding tersebut kerana ingin mencari bukti-bukti kukuh yang menunjukkan aku sememangnya betul-betul di saman kerana speeding. Tapi nampaknya bukti-bukti yang ada seperti tidak memihak kepada aku.

09 January 2011

Perlantikan Sebagai IRCop Server KampungChat.Org

Apa itu mIRC? mIRC adalah akronim untuk Multi Internet Relay Chat Client. Ia adalah suatu ruang sembang atau chat seperti Yahoo Mesenger, ICQ, Skype dll tetapi dengan serba sedikit perbezaan function berbanding program chat yang lain.

Aku berkenalan dengan mIRC sejak 1998 lagi ketika menuntut di UiTM Arau. Ketika itu aku join server UnderNet. Kemudian aku beralih ke server WebChat. Kemudian beralih lagi ke server DalNet. Ketika di DalNet aku diperkenalkan dengan server dari Malaysia, iaitu KampungChat.Org. Aku join server KampungChat.Org pada bulan Ogos 2003 dengan menggunakan nick "C|v|L".

07 January 2011

Because She Is My Wife

Namanya Fasha Murshida Binti Abdul Hamid. Kami telah bernikah pada 27 November 2009 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1430 H di Masjid Batu 38, Sabak Bernam. Kami telah dikurniakan seorang puteri comel pada 14 Oktober 2010 yang diberi nama Muthirah Nur Aina. Kisahnya telah aku post pada 20 November 2010 yang lalu bertajuk My Cute Little Princess.

Suatu ketika dulu sebelum tsunami Facebook melanda planet Bumi secara global, Friendster adalah medium rangkaian sosial yang paling popular. Aku juga tidak terkecuali untuk mendaftar sebagai pengguna Friendster. Aku masih mempunyai akaun Friendster yang telah didaftarkan pada September 2003 namun akaun tersebut boleh dikatakan "beku" kerana amat jarang sekali aku mengemaskini profile dan status di sana.

Thank You Zakhiri For Being My Blog's Follower

 
Firstly aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada En. Zakhiri Bin Musa (klik pada gambar di atas untuk ke link Facebook beliau) kerana menjadi Follower ke-6 di blog aku yang memang sedikit sahaja Followernya. Aku sangat berbesar hati kerana terdapat sebilangan ex-colleges yang mengikuti perkembangan rakan-rakan lain walaupun tidak secara langsung. Secara langsung maksud aku dalam konteks ini adalah menerusi perjumpaan ataupun perbualan telefon.

Dan untuk makluman En. Zakhiri Bin Musa, aku sendiri ada mengunjungi blog anda di My Day, My Story tersebut. Aku juga agak kerap "skodeng" blog rakan-rakan yang lain untuk mengetahui perkembangan terkini mereka.

02 January 2011

Promosi Gempak

Ketika memandu ke tempat kerja pada pagi Khamis 30 Disember 2010 yang lalu, mata aku terpandang dengan satu (1) promosi yang agak lucu tapi aku faham apa yang dimaksudkan oleh syarikat berkenaan. "HARGA LORI TERBALIK", itulah apa yang tertera pada bunting tersebut.

Pada pendapat aku, ianya membawa maksud harga barang yang akan dijual di karnival telefon bimbit itu nanti sangatlah murah umpama telefon bimbit yang dijual di sana adalah secara bebas cukai dan bukanlah lori terbalik dengan harga super murah yang dijual di karnival tersebut. Pendapat anda pula bagaimana?

My Entry At Oh! Media

Oh! Media adalah suatu rangkaian laman web atau blog yang semakin popular di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Aku pun tidak terlepas untuk melayari laman web ini setiap hari kerana laman web ini dikemaskini setiap hari bagi memaparkan keadaan atau suasana yang berlaku di dalam negara kita. Apa yang menarik di laman web ini ialah ianya turut disertakan dengan gambar-gambar yang membuktikan apa yang diperkatakan itu.

Hari ini bertarikh 2 Januari 2011 sekitar pukul 2.30 pagi, ketika melayari laman web Oh! Tidak aku seakan-akan mengenali gambar yang dipaparkan di laman web tersebut kerana ianya seakan-akan gambar yang aku post di blog aku suatu ketika dulu. Sila klik DI SINI untuk melihat entry blog aku yang lalu.