Aku sudah register di myeg sejak beberapa bulan yang lalu. Aku agak "terkujat" ketika itu kerana mendapati terdapat satu (1) saman speeding tertera di situ. Ini adalah kerana aku tidak menerima sebarang surat saman pun dan tambahan pula aku tidak menghadapi sebarang masalah untuk memperbaharui cukai jalan kereta aku yang telah tamat tempoh.
Aku bertindak untuk sengaja melengah-lengahkan proses pembayaran saman speeding tersebut kerana ingin mencari bukti-bukti kukuh yang menunjukkan aku sememangnya betul-betul di saman kerana speeding. Tapi nampaknya bukti-bukti yang ada seperti tidak memihak kepada aku.
Beberapa minggu yang lalu aku disaman kerana tidak memaikai tali pinggang keledar ketika berhajat untuk menjelaskan ansuran kad kredit lebih awal supaya tidak dikenakan late payment fees tapi dalam pada untuk berjimat itu terpaksa pulak mengeluarkan duit untuk membayar saman. Nampaknya saman terkumpul aku pada ketika ini adalah seperti gambar yang aku print screen dari laman web myeg tersebut.
Memandangkan terdapat diskaun saman pada ketika ini, nampaknya aku perlu segera menjelaskan saman-saman tersebut. Kalau buat tak tahu saja nanti aku sendiri jugak yang rugi. Oleh itu, pandulah secara berhemah bukan kerana takut disaman tetapi untuk keselematan diri kita juga.

Isteri aku juga mempunyai satu (1) saman trafik kerana melanggar lampu isyarat. Justeru itu ketika hendak memperbaharui cukai jalan tempoh hari terdapat sedikit masalah disebabkan perkara ini.
Memandangkan terdapat diskaun saman pada ketika ini, nampaknya aku perlu segera menjelaskan saman-saman tersebut. Kalau buat tak tahu saja nanti aku sendiri jugak yang rugi. Oleh itu, pandulah secara berhemah bukan kerana takut disaman tetapi untuk keselematan diri kita juga.
No comments:
Post a Comment