Follow us

20 November 2010

My Cute Little Princess


Assalammu'alaikum wbt.

Buat sahabat handai sekalian, sudah agak lama aku tidak memblog. Menjangkau 3 bulan lebih lamanya. Kepada anda yang rajin membaca hasil nukilan blog aku pasti tertunggu-tunggu dan ternanti-nanti kemunculan titipan blog terbaru daripada aku.

Jadi, untuk tidak mengecewakan peminat-peminat blog aku ini, maka di sini aku nukilkan karya atau masterpiece terbaru aku ini. Semoga anda membacanya dengan riang  gembira dan tersenyum keterujaan.

Untuk pengetahuan anda sekalian, aku telah pun menerima cahaya mata sulung pada 14 Oktober 2010 yang lalu. Isteri aku telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan comel tepat pukul 3.17 petang di Wad Bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh setelah 5 malam berada di dalam wad. Pada ketika isteri berada di labour room, aku sedang asyik menonton siaran langsung perlawanan akhir badminton Sukan Komonwel antara Lee Chong Wei dan Rajiv Ouseph. Tiba-tiba jururawat memanggil aku masuk ke suite menemani isteri yang sudah hendak bersalin.

Perasaan aku ketika memasuki suite tersebut memang berdebar-debar tambahan pula melihat isteri harus menanggung segala kesakitan dan kepayahan untuk melahirkan seorang anak. Rasa insaf terbit dalam hati memikirkan pengorbanan yang dilakukan oleh seorang ibu. Terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan istimewa untuk isteri tersayang, Pn. Fasha Murshida Bt. Abdul Hamid.

Nama puteri aku ialah Muthirah Nur Aina telah aku daftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Perak pada 20 Oktober 2010. Nama ini aku dan isteri telah pilih sejak beberapa bulan sebelum kelahiran. Aku merasakan nama anak aku ini tidaklah pelik sangat tapi ramai yang merasakan nama anak aku pelik. Ini adalah kerana nama Nur itu berada di tengah. Tapi ramai yang  tak terfikir bahawa nama anak aku ini tidak ada pun unsur-unsur keinggerisan. Makna nama anak aku ialah Muthirah = Memikat, Menarik; Nur = Cahaya; Aina = Mata.

Aku memang teruja dan seronok untuk bersama dengan 'orang baru' dalam kehidupan aku dan isteri. Lantaran itu masa aku banyak dihabiskan bersama anak aku itu. Maka perhatian aku telah beralih kepada anak daripada blog. Aku yakin bukan aku seorang sahaja yang akan berbuat sedemikian, anda pun pasti akan berbuat perkara yang sama sebagaimana apa yang aku buat. 

Setiap ibubapa pastikan mahu yang terbaik untuk anak mereka. Begitulah juga halnya bagi aku dan isteri. Sebagai seorang bapa, aku mahu berikan the best dari segala aspek selagi aku mampu menyediakannya. Memandang wajah anak memang menenang dan mendamaikan hati dan jiwa. Jika dulu aku memang tak berani untuk memegang bayi tapi sekarang aku sudah boleh menukar lampin dan pakaian serta membancuh susu untuk bayi. Isteri memang banyak memberi tunjuk ajar kepada aku berkaitan hal-hal pengurusan bayi.

Perasaan aku sekarang  ini sangatlah gembiranya dan penuh keterujaan. Sekarang ini aku sedang mengatur jadual untuk membawa isteri dan anak pergi bercuti. Sebelum ini aku bercuti bersama isteri sahaja tapi selepas ini kami sudah bertiga. Wah, what a happy family. Sehingga bersua di blog seterusnya.

Wassalam. 

No comments:

Post a Comment