Namanya Fasha Murshida Binti Abdul Hamid. Kami telah bernikah pada 27 November 2009 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1430 H di Masjid Batu 38, Sabak Bernam. Kami telah dikurniakan seorang puteri comel pada 14 Oktober 2010 yang diberi nama Muthirah Nur Aina. Kisahnya telah aku post pada 20 November 2010 yang lalu bertajuk My Cute Little Princess.
Suatu ketika dulu sebelum tsunami Facebook melanda planet Bumi secara global, Friendster adalah medium rangkaian sosial yang paling popular. Aku juga tidak terkecuali untuk mendaftar sebagai pengguna Friendster. Aku masih mempunyai akaun Friendster yang telah didaftarkan pada September 2003 namun akaun tersebut boleh dikatakan "beku" kerana amat jarang sekali aku mengemaskini profile dan status di sana.
Apa motif aku bercerita tentang Friendster dan tajuk di atas yang tidak ada kena mengena pun? Sebenarnya memang tiada kena mengena pun. Kalau ada pun mungkin "sipi-sipi" sahaja. Suatu ketika dulu aku suka untuk memblog di Friendster. Terdapat satu (1) blog yang aku post berkaitan isteri aku ini tapi pada masa itu kami masih hangat bercouple lagi. Jika anda ingin membacanya sila klik di sini > Secebis cerita... < ataupun > Tentang Sweetheart <.
Pada tab Notes di Facebook ini juga aku ada menitipkan secebis kisah bertajuk How I Met My Wife. Anda boleh klik link tersebut untuk membacanya. Kepada anda yang tidak menjadi rakan aku di Facebook mungkin tidak dapat membacanya disebabkan restriction yang telah aku set pada akaun tersebut. Dan maaf sekali lagi kerana aku hanya Add as Friend kepada rakan-rakan yang aku kenali sahaja.
Isteri aku juga gemar memblog. Boleh dikatakan beliau memang aktif memblog sehingga ada segelintir manusia yang iri hati dan berhasat dengki dengan apa yang dititipkan oleh beliau dan menyebarkan cerita dongeng tukun yang sama sekali tidak benar dan berunsur fitnah terhadap isteri aku ini. Aku mengesyorkan kepada golongan manusia sebegini supaya bersihkan hati yang hitam itu dan jangan mudah terpengaruh dengan bisikan iblis.
Yes, my wife is my other half of my body. She treated me well and she gave birth to my cute daughter. Bak kata orang-orang tua, cubit peha kanan, peha kiri juga terasa sakit. Begitulah juga halnya kepada aku jika ada manusia-manusia berhati jahiliah yang cuba menyakiti isteri aku dan memporak-perandakan rumahtangga bahagia yang kami bina ini.
Berbalik kepada kisah blog tadi. Isteri aku gemar memblog di Myspace. Boleh dikatakan beliau masih aktif lagi di Myspace walaupun tsunami Facebook membadai semua rangkaian sosial yang ada di dunia maya ini. Sila klik di sini > My Wife's Blog < sekiranya anda ingin membaca blog-blog isteri aku itu. Isteri aku juga ada membuka akaun blogspot tapi nampaknya beliau lebih selesa untuk terus memblog di Myspace.
... Because She Is My Wife ... I Love Her Very Much
I Love Her Very Much... Because She Is My Wife...

No comments:
Post a Comment