Pada 29 April 2011, aku bersama 2 orang lagi sahabat aku bernama Mizi dan Faiez telah pergi menonton perlawanan bolasepak antara Perak dan Kedah di Stadium Perak. Ini adalah siri ke-2 perlawanan yang kami saksikan. Siri pertama yang kami saksikan dulu adalah antara Perak dan Terengganu pada 19 April 2011 yang lalu.
Pada mulanya, aku ingatkan perlawanan Perak dan Kedah ini pada 30 April 2011 (Sabtu) tapi bila aku baca suratkhabar ruangan sukan, jadual perlawanan berubah pada 29 April 2011 pulak. Aku masih ingat lagi memang dengan jelas dan nyata pada sebelum ini aku lihat jadual perlawanan adalah pada 30 April 2011.
Kami telah memilih untuk menonton perlawanan dari pentas utama (grand stand) kerana view dan keadaan di sana lebih selesa dan tidak terlalu crowded. Aku ingatkan boleh masuk menggunakan free pass pada hari tersebut (semalam) tapi ejen aku tak dapat dihubungi pulak walaupun telah dimaklumkan dan confirmkan pada petang tersebut. Mungkin salah aku jugak sebab lambat datang. Jadi terpaksalah aku membeli tikat berharga RM20.00. Ini merupakan kali pertama aku membeli tiket untuk menonton perlawanan bolasepak dalam sejarah hidup aku.
Review tentang aksi perlawanan semalam adalah sangat mengecewakan dan mendukacitakan. Aku dapat saksikan betapa lemah dan longgarnya barisan pertahanan dan midfield pasukan Perak. Midfield gagal untuk mewujudkan suatu ruang untuk striker melakukan serangan yang berkesan. Barisan pertahanan pula kucar-kacir dan sering melakukan kesilapan. Memang benar sesebuah pasukan itu memerlukan paling kurang seorang pemain senior sebagai nadi penggerak pasukan. Jika mengharapan kesebelasan pemain muda memang seperti "main bola kampung" dibuatnya.

Keputusan perlawanan malam tadi adalah Perak tewas 1-3 kepada Kedah. Gol Perak dihasilkan melalui sepakan percuma pada saat-saat akhir perlawanan. Itupun disebabkan kesilapan penjaga gol yang gagal menampan kemas sepakan percuma tersebut. Gol pertama Kedah bagi aku memang tak sepatutnya diambil kira kerana amat jelas pada pandangan mata aku pemain Kedah yang menjaringkan gol tersebut berada pada posisi offside. Mungkin mata penjaga garisan dah juling agaknya tengok tempat lain.
Mungkin disebabkan gol pertama pihak lawan tersebut sedikit sebanyak telah menjatuhkan moral dan semangat kepada barisan pemain Perak. Namun aku akui gol kedua dan ketiga Kedah memang agak cantik. Ini semua hasil kesilapan barisan pertahan Perak yang bermain seperti melepaskan batuk di tangga.
Kepada Ketua Jurulatih Norizan Bakar, silalah ubah taktik dan strategi permainan. Aku melihat taktik yang digunakan sama ketika Perak seri dengan Terengganu di Stadium Perak yang lalu. Kalau beginilah cara permainan pasukan Perak, memang jangan diimpikan untuk menjulang sebarang piala pada musim ini.

No comments:
Post a Comment