Follow us

23 March 2010

Keunikan HBUK

22 Mac 2010 - Pagi tadi aku ada mesyuarat berkaitan sistem paip untuk Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta (RSK). RSK adalah seperti rumah untuk warga tua. Apa yang unik adalah RSK terletak di dalam kawasan Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK)

HBUK adalah hospital yang terbesar di Malaysia. HBUK khusus untuk menempatkan pesakit mental. Cubalah anda bayangkan RSK terletak di dalam kawasan HBUK dan jaraknya dari pintu masuk adalah kira-kira 3km jauhnya. Ini membuktikan betapa luasnya kawasan HBUK.

Sudah agak lama aku tidak masuk ke dalam kawasan HBUK. Mungkin sekitar 10 tahun lamanya walaupun HBUK terletak tidak jauh dari tempat tinggal aku. Keadaan dalam HBUK itu sendiri sudah banyak berubah. HBUK sekarang banyak dihiasi dengan lanskap yang menarik. Banyak pokok-pokok dan rumput-rumput di tanam dan suasananya umpama taman-taman yang begitu mendamaikan dan menenangkan jiwa.

Pakcik aku dulu pernah tinggal di kuarters di dalam HBUK ini. Kini kuarters tersebut sudah tiada lagi. Kawasan kuarters sudah dijadikan lanskap yang menarik. Keadaan jalan pun terdapat sedikit perubahan. Namun, memang menjadi suatu kebanggaan apabila melihat kemajuan yang dicapai oleh HBUK ini terutamanya dari aspek pemeliharaan alam sekitar.

Kepada sesiapa yang masih belum tahu dimanakah lokasi HBUK, ingin aku beritahu di sini bahawa HBUK terletak di dalam kawasan Tanjung Rambutan. Aku yakin bila disebut Tanjung Rambutan setiap orang yang bersekolah di Malaysia ini tahu di manakah lokasinya.

1 comment:

  1. mmg unic..coz i went there for my training before
    dat's y leh tahu sape otaknyer betul or xbetul..kan ke sayang blaja psikologi

    anyway tanaman n tumbuhan di sekitar HBUK majoriti ditanam oleh pesakit HBUK sendiri...

    ada juga hasil tanaman dibuat jualan sebagai pendapatan sampingan mereka...

    sumday kita g lawat nak x abie?

    ReplyDelete