Follow us

06 March 2010

Mak Putih & Tam In Memories

Beberapa hari yang lalu, kucing paling senior dalam belaan di rumah aku telah mati. Kucing tersebut diberi nama " Mak Putih" sebagaimana yang ditunjukkan di dalam sebelah kiri gambar. Usia Mak Putih adalah aku jangkakan sekitar 8 - 10 tahun. Memang Mak Putih merupakan kucing yang paling lama pernah hidup di dalam belaan di rumah aku.

Disebabkan usianya yang panjang bagi kategori kucing, maka tahap kesihatan Mak Putih pun tidaklah berapa baik. Kaki dan telinga Mak Putih pun berkudis umpama diabetes bagi manusia. Sebulan sebelum hayatnya berakhir, tahap kesihatan Mak Putih bertambah teruk. Mak Putih sudah seakan-akan nyanyuk dan suka duduk di tempat yang sejuk dan lembap.

Sehingga pada suatu tahap, disebabkan penyakitnya itu, Mak Putih berbau amat busuk dan badannya kurus kering. Aku tahu Mak Putih menderita disebabkan penyakitnya itu. Namun, kematiannya begitu menyayat hati kerana Mak Putih mati di celah-celah periuk yang disimpan di rak yang pada pendapat aku amat mustahil untuk kucing memasuki ruang yang sempit itu. Bangkai Mak Putih dijumpai selepas hari ke-2 kematiannya di mana kakinya berjuntai keluar dari celahan rak.

Gambar di sebelah kanan pula adalah "Tam'. Tam adalah seekor kucing betina yang aku jumpa dan kutip dari kedai mamak di Sunway City, Ipoh. Pada ketika itu aku sedang lepak bersama rakan-rakan dan Tam datang menghampiri lalu aku bawa baliknya ke rumah.

Semalam aku bertanya adik perempuan aku tentang Tam yang sudah lama aku tak nampak. Menurut adik perempuan aku, Tam sudah lama mati. Kematian Tam amat misteri kerana setahu aku Tam tidak mempunyai apa-apa jenis penyakit. Pada suatu pagi, Tam telah dijumpai mati di luar rumah.

Begitu banyak kucing aku telah mati sejak akhir-akhir ini disebabkan serangan penyakit. Kini yang tinggal cuma (susunan mengikut senioriti): -
1) Baby - Jantan
2) Gege - Jantan
3) Chik - Jantan
4) Kana - Jantan
5) Yon - Betina
6) Nine - Betina
7) Tanje - Jantan
8) Sawan - Jantan
9) Kalam - Betina
10) Gendut - Betina
11) Bandot - Betina

Semakin berkurangan jumlah kucing-kucing aku di rumah. Aku memang sukakan kucing. Jika aku terjumpa anak-anak kucing yang dibuang pasti aku akan bawa balik ke rumah. Sayangilah haiwan comel ini.

No comments:

Post a Comment